Khamis, 30 Ogos 2012

Rumah Tangga Impian.

Walaupun saya seorang yang rock, tapi prinsip prinsip rock yang ada dalam badan saya tidak pernah melarang saya menonton drama. Tapi, takdelah saya bersungguh sangat tengok drama sampai selidik intisari rancangan kat surat khabar. Saya cuma kadang kadang je tengok secara tak sengaja bila mak saya pasang tivi ke, kakak saya pasang tivi ke, anak sedara saya yang pasang ke, atau saya pasang sendiri tapi sebab saya malas nak ambik remote saya biar je cerita apa yang sedang main. Lagipun, tivi dekat dapur tu channel menda lah ada. Itu hari ada sekali saya teringin nak sambil makan nasik, sambil tengok bola dekat tivi 1. Tapi macam haram, takde channel untuk RTM1. Kalau kerajaan tahu ni, memang down habis la Uncle Rais Yatim.

Kebanyakan drama yang saya tengok, semua berkisar tentang cinta dan rumah tangga. Tak kira lah drama apa pun, paling tidak ada satu pasang kekasih dalam cerita tu. Senang cakap, kalau takde scene kekasih, memang tak boleh jalan la cerita. Contohnya, kalau mak dan ayah tak berbalah dan bercerai, macam mana anak dia nak jadi jahat dan lepas tu insaf? Macam mana anak dia tu nak kenal dengan makwe sekolah dia? Macam mana dia nak terer dalam periksa? Sampai cerita Tanah Kubur Nasir Bilal Khan tu pun terpengaruh nak kena ada jugak scene kekasih.

Kerana pengaruh inilah, saya juga memasang impian untuk mempunyai rumah tangga saya yang tersendiri. Dalam kepala saya, saya tak nak rumah tangga saya indah sahaja tak ada cabaran. Kadang kadang saya nak jugak isteri saya yang ada darah kacukan Rusia itu berbalah dengan saya. Kalau ada scene air mata, lagi steady. Contohnya macam masa kat pejabat, ada satu makwe cantik minat kat saya. Sebab saya sporting, saya layan je makwe tu berlandaskan hukum-hukum syarak yang sedia ada. Jika makwe tu ajak dating bersama tengok wayang dan lepak hotel, sempat saya tegur, "Amboi dik, muka cantik tu tak sayang ke kalau besok besok kena mamah di api?"

Berbalik kepada isteri saya secara ringkas, tiba-tiba dia tahu tentang kehadiran makwe tadi dan pada masa yang sama dia tidak dapat bersabar dan bertoleransi dengan sikap terbuka saya dalam percintaan. Balik rumah, dia pun marah saya ikut sedap dia nak marah. Mukanya merah dan matanya yang kaler biru laut bergelinangan dengan air mata kasih. Peh, masa tu memang lawa habis la isteri saya. Jadi, saya cuma biarkan saja dia nak marah apa sampai dia takde idea dah nak cakap apa lagi. Lepas tulah barulah saya bersuara steady dengan penuh sifat seorang Sylvester Stallone.

"Amboi awak ni. Marahnya kat saya. Tapi, awak tau ke tak kisah sebenar dia macam mana?"

"Err.. I dengar orang cakap je."

"Ooo... Dengar cakap orang je. Mata sendiri tak tengok?"

"Perempuan tu saya dah tengok. Tapi apa orang kata tu I tak tengok lagi."

"Oooo.. Pandai pandai la ni. Awak turun sepuluh."

Tanpa sebarang bantahan, isteri saya yang berdarah Rusia itu terus pumping sepuluh kali. Pakai baju kurung.


Peh. Itulah impian saya dalam berumahtangga.

10 ulasan:

  1. saya suke kat awk sang.. kahwini la sy.. saya budak mrg, x jaoh dr umh awk.. sy org rusia..

    BalasPadam
  2. saya suke kat awk sang.. kahwini la sy.. saya budak mrg, x jaoh dr umh awk.. sy org rusia

    BalasPadam
  3. sy tersilap..sori2

    BalasPadam
  4. sy tersilap pulop

    BalasPadam
  5. kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam -Roy

    BalasPadam
  6. sampai ati dera isteri suruh pumping. aha

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa la tu Cik NurulZaty,kat Jepun lagi dahsyat -Roy

      Padam
  7. ...╚⊙ ⊙╝...
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    ╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ...╚═(███)═╝
    ..╚═(███)═╝
    .╚═(███)═╝

    BalasPadam