Selasa, 10 Julai 2012

Bercakap Tentang Seni.

Kebetulan, pada pagi tadi saya memandu kereta ke Kedai Pak Karim untuk urusan makan pagi. Jarak rumah saya ke kedai milik Pak Karim bukanlah jauh sangat, saya dulu masa darjah tiga boleh stedi jalan kaki pimpin basikal dari sungai hujung jalan belakang kedai pulang ke rumah supaya bahan-bahan berisiko tinggi untuk kantoi mandi sungai sempat kering. Bila dah lepas selekoh pokok mempelam depan kebun Tokki Bilal Soh, dan baju seluar telah diyakini tiada lagi kesan mandi sungai barulah saya kayuh semula basikal.

Tapi, untuk jalan kaki pada umur 20an pada jarak begitu adalah satu benda yang down standardnya. Pok Ngoh Suh dengan Mat Su Leh pun bawak basikal. Jadi, pengangkutan paling sesuai dari rumah saya ialah motosikal, namun sebab ayah saya dah menunggang motosikalnya ke tempat lain, jadi saya memilih untuk memandu kereta. Saya ada motor saya sendiri, tapi saya tinggalkan dekat Kuantan. Kalau saya ke Kuantan 300 km jauhnya dahulu ambik motor saya semata mata untuk ke Kedai Pak Karim, maka tak beza sangatlah bengap saya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Semasa dalam kereta selepas menghidupkan enjin, teringin pulak hati saya untuk dengar radio. Lagipun, lama dah saya tak pekena radio sambil memandu. Kebetulan pada masa yang sama saya bukak radio, radio THR sedang memainkan satu lagu hit masa kini dari penyanyi perempuan baru yang tengah top di kalangan anak-anak muda remaja. Saya tahu itu lagu baru dan hit, sebab saya perhati boleh tahan ramai orang kebanyakan mengepos lagu tersebut ke facebook sejak mutakhir ini. Biasanya kalau lagu tak hit, budak budak muda jarang pos ke facebook ni.

Bila saya dengar lagu tersebut, saya jadi marah bercampur sedih dengan liriknya. Dan saya pasti, jikalau arwah Loloq dan JS Kevin masih hidup, mereka jugak sedih dengan senikata lagu yang dibuat pakai kaki.

1 ulasan: