Khamis, 21 Jun 2012

Sarapan dan Kisah Percintaan.(Serius! Rugi kalau tak baca)


Saya mempunyai seorang sepupu yang kini sedang belajar di maktab. Umurnya sama dengan saya, kalau berbeza pun beza bulanlah. Walaupun nampak slow, tapi dia lebih pantas dalam bab percintaan. Baru-baru ini, dia dengan berani  menyatakan hasratnya pada keluarga untuk meminang orang Johor. Namun, hasratnya mendapat tentangan dari ibu bapanya atas faktor-faktor tertentu terutamanya bab belajar belum habis lagi.

Walaupun impian sepupu saya ini tidak menjadi kenyataan, kisah ini menjadi senang tersebar sampailah ke pengetahuan mak saya. Bila sampai cerita yang sebegitu ke mak saya, mustahil sangat lah kalau tak sampai ke saya. Rupanya, power jugak sepupu saya dalam slow slow pun.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu waktu sarapan yang hening, kesan daripada peristiwa sepupu saya, mak saya bertanyakan saya satu soalan yang stedi, "Ada calon dok lagi ni? Dakkan takdok?"

Saya yang pada mulanya berniat nak menghirup kopi, mengubah fikiran di saat-saat akhir. Demi menghormati mak saya dan mengelak dari menjadi anak derhaka, saya tangguhkan dahulu niat hendak meminum kopi. Lalu dengan penuh ketenangan saya menjawab, "Haha, kita (saya) rock mok. Rock mana ada masa nak layan cinta cinta ni."

Saya pun sambung minum kopi. Mendengar jawapan saya, mak saya juga turut bersama meminum kopi.

Maka begitulah berakhirnya kisah percintaan saya di waktu sarapan yang hening.

8 ulasan: