Rabu, 27 Jun 2012

Liga Super 2012: Terengganu 2-2 Kelantan


Kalau hendak diikutkan dengan jadual harian saya, semalam saya ada satu temujanji khas dengan seorang Mufti dari Rusia, Ravil Gainutdin yang merangkap bakal bapa mertua saya. Tetapi mengenangkan Syed Iqbal yang begitu bersungguh tekskan saya sejak hari Isnin lagi untuk pekena Terengganu malam tadi, saya pun membatalkan temujanji saya. Selesai solat maghrib, saya bersiap dengan penuh tangkas, cekap, dan pakai baju kelmarin untuk ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Siap dressing rock, saya pun menju ke garaj kereta dengan penuh yakin.

Selesai pekena doa, saya pun memandu kereta dari garaj dengan gostan menuju ke bukit simpang keluar rumah. Bila mencecah jalan tar yang sebenar, barulah saya masuk gear satu menuju ke depan. Bukan saya tak boleh nak gostan sampai stadium, tapi saya menghormati keluarga saya supaya tak dilihat bangang. Saya memandu dengan kelajuan 283.76 KM sejam dengan kepala setting untuk menjemput Syed Iqbal depan Sekolah Menengah Marang. Depan sekolah tu, kalau petang lepas pukul dua, peh memang berderu la makwe makwe sekolah lawa. Tinggal berani tak berani je.

Sampai depan sekolah, saya terus brek dengan mengejut hingga bunyi pasir. Ramai penduduk sekitar keluar rumah kerana terkejut mendengar bunyi saya membrek kereta. Kebetulan pada masa yang sama, Syed Iqbal juga turut keluar mendengar bunyi aneh dan padu tersebut.

Syed Iqbal pun masuk kereta. Kalau dengan Syed Iqbal, memang takde topik lain dia nak up. Sudah empat tahun, Syed Iqbal pasti up cerita makwe. Padahal dia ni, sampai sekarang tak ada makwe lagi.


******

Tiba di stadium, jangkaan kami meleset. Dua perlawanan yang budak sekolah campur tak suka ke Che Mat Jusoh, kami ingat stadium tak ramai orang. Rupanya, orang begitu ramai. Kalau dekat pagar belah atas tu penuh dah orang, tak payah cakap banyak la nak tengok bola duduk tempat sedap.

Sebagai seorang penyokong bola sepak tempatan yang penuh berpengelaman dan berotak geliga, saya mencadangkan Syed Iqbal untuk masuk ikut pintu penyokong Kelantan. Di situ, ada banyak lagi ruang kosong.

"Duduk pun sedap sikit" saya berdiplomasi dengan tawaran yang selera kepada Syed Iqbal.

"Weh, gila mung?!" balas Syed Iqbal. Baru saya tahu, Syed Iqbal ni, muka saja gengster, tapi dekat kampung sendiri pun tak berani.

"Rilek, Bal.." Saya cuba menenangkan Syed Iqbal yang sedang gelisah. Saya pun menyelak belakang baju saya dan menampakkan dua pucuk revolver berwarna hitam piano dalam poket seluar belakang kiri dan kanan. Melihat dua pucuk revolver tersebut, barulah Syed Iqbal bersetuju mengikut jiwa gengster saya.

Lalu berjalanlah kami pusing stadium untuk masuk ikut pintu belakang belah pejabat Yayasan.

******

Masuk stadium, barulah saya perasan, stadium Terengganu sudah berubah dan menghampiri kemajuan. Scoreboard dah ada jam digital yang berfungsi, ada spotlight, dan takde dah brader yang berani duduk di celah-celah nombor dekat scoreboard. Paling baik kemajuannya ialah brader Coke dah tak jual Coke. Saya dapati mereka cuma jual air anggur sahaja. Baguslah kalau mereka berubah dan konsisten melawan buatan Israel. Kadang-kadang orang kita ni, dekat facebook punyalah main bersungguh kutuk Israel, tapi pada masa yang sama dan dalam facebook yang sama, ada gambar tengah makan Mek Donel.

Kami memilih untuk duduk di atas belakang gol di sebelah polis. Sedang saya cari angle yang paling sempurna untuk menyandar dan melihat makwe, tiba tiba Norfarhan sumbat satu gol untuk Kelantan. Saya pun tak tau gol tu macam mana. Masa tu saya tengah ralit tengok pakcik dari Kelantan main gendang Cina. Cilakak, rugi duit saya.

Selepas itu, Terengganu main stail budak sekolah. Asal boleh tendang, tendang. Francis Doe tu macam gampang gayanya. Gaji punya lah mahal, tapi kejar bola tak nak. Itu jam, rasanya nak masuk padang je pergi lempang Francis Doe.

Tiba-tiba, satu sepakan percuma diberikan untuk Kelantan di kawasan Terengganu. Piya dengan kemas sumbat pulak satu gol lagi. Kelantan dua, Terengganu kosong.

Lepas tu, barulah Terengganu main bola macam orang main bola. Manaf Mamat, Hadi, Mail masing-masing boleh bawak bola ke depan dan passing dengan baik. Cuma kadang-kadang, bila tendang, mak oih, macam tak makan nasik! Amir adik Tok Pek tu pun tendang lagi kuat. Tak padan dengan Amir yang baru tingkatan dua.

Lepas serang demi serang, Francis Doe cross satu bola leret dan tak dapat dibaca dengan baik oleh dua bek Kelantan yang besar dan gelap. Lalu bola menerpa di kaki Hadi yang datang dari belakang dan dia pun terus tendang ke arah pukat gol. Apek Khairul Fahmi hanya mampu melihat. Saya dari belakang gol dapat lihat dengan jelas bola menerjah pukat, dan terus bersorak girang. Syed Iqbal barangkali takut lagi dengan penyokong Kelantan hanya duduk diam teguk air anggur. Bapak la tak seronok tengok bola macam tu, serupa macam tengok orang main catur je.

Gol Hadi.


******

Habis separuh masa pertama, saya mengajak pula Syed Iqbal menuju ke belakang gol belah sana pulak. Syed Iqbal walaupun dah tengok revolver-revolver saya, tetap tak yakin untuk berjalan di hadapan penyokong-penyokong Kelantan yang ramai-ramai duduk dekat bucu kiri stadium. Sempat lagi dia ajak saya lalu ikut luar stadium.

Saya pun memujuknya dengan tenang setenang Al Pacino. Matanya saya tenung dengan redup, "Rilek, Bal.. Aku ni.."

Kerana ketenangan saya, Syed Iqbal pun bersetuju dan berjalan mengekori saya melalui lebih 853 orang penyokong Kelantan.

Kali ini, kami duduk belakang FRU pula. Bila belakang FRU, secara automatiknya belakang gol la. Saya mengambil port yang paling atas supaya trak FRU yang tak ada fungsi sangat sampai nak parking belakang gol tidak menghalang permandangan bola sepak saya. Mujurlah tidak menghalang, kalaulah tiba tiba trak FRU tersebut menghalang. Pastilah saya yang panas baran dan gangster ini akan menyumpah dan seterusnya mencari tempat duduk lain pula.

******
 Separuh masa kedua, Terengganu bermula dengan baik. Baik sampai Muslim tanduk bola masuk gol sampai berlari lari dia menuju pagar dan panjat pagar tersebut. Mukanya yang bersorak nampak sangat bersungguh-sungguh. Urat tengkuknya jelas kelihatan. Dalam kepalanya, entah apa la yang dia fikir. Kerana gaya meraikan gol yang sangat punk itu, dia pun kena kad kuning.

Selepas itu, permainan mula hambar dari dua-dua pasukan. Boring nak mampus main bola gaya ping pong macam tu. Sampai habis, dua-dua team main dengan sangat bosan. Maka berakhirlah perlawanan dengan seri dua sama.


******
Habis pekena bola, kami pula bergerak ke Tanjung untuk pekena Wira Tom Yam. Dulu Wira Tom Yam ni ada satu makwe manis tahi lalat dekat bibir, tapi sekarang dah takde. Sedih juga saya.

Tapi paling sedihnya, Syed Iqbal makan tak habis. Saya pun tembak dua-dua belah pahanya pakai revolver. Biar dia rasa sikit macam mana orang dekat Pakistan, Iraq tak ada makanan pun nak makan.













8 ulasan:

  1. haha. ramainya orang kt stadium sana. aritu aku pgi tgk bola kt stadium perak final piala presiden punyala sikit org. nk duduk mane2 pon boleh yg penting aku xnampak langsung batang hidung penyokong Negeri Sembilan malam tu. hahaha. Nasib menang 1-0. Itupun ingatkan nk bergambar skali ngn piala tapi kwn aku ajk blah pgi makan kt dataran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. FAM pun satu, Piala Presiden pun nak kena tiket. Free dah la.

      Padam
  2. iqbal iqbal..tak rock habis beliau ni..nak harapkan SH jugak

    BalasPadam
  3. yeaayyy! -Roy

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Awie mana pulak ni? Hok menyanyi tu ke?

      Padam
  5. hahahahaha..iqbal kena tembak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada nombor dia kalau saudari Nurul Zaty nak...

      Padam