Ahad, 6 Mei 2012

Bersalam Dengan Presiden FAM

Pada hari Khamis yang lepas, Presiden FAM ada turun kat tempat saya belajar untuk merasmikan satu masjid nama tuan presiden itu sendiri. Benda ni, eloklah beliau rasmi sendiri sendiri. Kang tak kena la kalau suruh Dato' Shafie Afdal yang rasmi, tapi nama masjid nama orang lain. Benda benda macam ni boleh mengakibatkan ramai pihak pulak akan kecik hati.

Sempena kedatangan Presiden FAM ke tempat saya, maka meriahlah kawasan masjid dengan khemah kenduri, kereta Mercedes ke atas dan makwe-makwe yang berdressing Hari Raya. Pada masa yang sama, orang ramai disediakan  makan malam di bawah khemah kenduri. Maka berduyunglah yang datang untuk turut sama menjadi peserta makan malam. Barangkali Maghrib itulah maghrib paling havoc yang pernah dilalui oleh masjid tersebut dengan kedatangan ramai orang, majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan kaki masjid.

Sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip, saya tidak lupa untuk turut sama turun berjuang untuk makan percuma. Namun, Allah itu maha adil. Apabila saya dan rakan saya, Azmi Melaka tiba di khemah kenduri depan masjid, ayam goreng, dalca dan sambal belacan telah pun habis. Tidak cerdiklah saya kalau saya nak jugak makan nasik lauk ikan masin semata. Kalau lauk macam tu, tak payah Presiden FAM turun pun orang tak makan.

Kebetulan juga, semasa saya tiba, Tuan Presiden sudah ingin berangkat pulang. Maka, sempatlah saya melihat orang ramai tak kira lelaki perempuan berbaris panjang bersungguh sungguh hendak bertemu dekat dengan tuan presiden. Boleh jadi, tengok surat khabar sahaja tidak cukup, mereka hendak jugak tengok Presiden FAM ni secara live.

Di satu sudut berhampiran karpet merah, ada kenalan saya bersungguh-sungguh melambai tangan tanda  mengajak saya untuk turut berbaris bersalam dengan Presiden FAM. Tapi sebab saya rock, saya lari dan hanya memerhatikan dari pasu bunga sambil tangan cekak pinggang. Jadi, dalam keadaan perut yang kosong, sempatlah saya tunggu 4.67 minit dan tengok dengan mata redup scene bersalam cium tangan serta bergambar.

Selepas itu, Presiden FAM pun berangkat pulang dengan bunyi siren polis.

*****
Kerana masa sudah menghampiri Isyak, saya dan Azmi Melaka bersetuju untuk solat dahulu di Masjid Presiden FAM sebelum mengisi perut kosong. Rugilah, dah rasmi tapi taknak solat.

Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat letak selipar, saya bertembung semula dengan kenalan saya tadi. Mukanya begitu ceria. Mungkin  itu adalah kesan dapat bersalam dengan orang yang paling atas dalam sistem bola sepak Malaysia, sesuai dengan statusnya sebagai pemain futsal.

Lalu, saya pun bertanya, "Guane salam dengan presiden FAM?"

"Bersalam dengan dia, sama je rasa macam bersalam dengan abang.." jawabnya lancar, merujuk abang itu adalah saya. Sebenarnya, saya pun kurang senang bila orang panggil saya abang,  terutamanya lelaki.

"Kah kah kah, powernya aku. Bersalam dengan Presiden FAM, sama macam bersalam dengan aku... Kah kah kah!" Ketawa saya bangga di sebelah Azmi.

Kemudian, setelah berjalan sebanyak 32 langkah, kami pun tiba di tempat letak selipar. Kami berasa sungguh gembira.



5 ulasan:

  1. haha..style parok hok ni SH..xdok beze sikit pon ngn presiden FAM..

    BalasPadam
  2. mana tau kalau salam presiden fam tu dapat mirekel

    BalasPadam
  3. haha. ~ sedihnya x dpt mkn
    kami dpt makan ngn staff lgii..
    sedaapp

    x heran pun kt presidem FAM tu.hee. terleka makan tak tau lak dia dah balik.hee

    BalasPadam
  4. dok beria depa beratur nak salam presiden FAM tu..

    mu plak larik kat pasu bunga..kalo sape tau salam presiden same je salam ngan mu, takyah penat beratur kan..

    BalasPadam