Ahad, 22 April 2012

Sedikit cerita tentang buku yang baru saya baca habis minggu lepas.

Gambar buku dalam kotak.


Tajuk Buku: Tazkirah Pilihanraya. Islam : Tuntutan & Kewajipan.
Karya: Ahli-ahli  Dewan Ulama' Pas Negeri Terengganu. (Tidak jelaskan siapa siapa dengan terperinci)
Penerbit: Dewan Ulama' Pas Negeri Terengganu.
Genre: Nasyid Asli.
Jumlah Halaman: 207 m/s tidak termasuk muka hadapan.


Sinopsis: 


Satu bacaan ringan tentang kenapa kena sokong Pas dengan dalil-dalilnya sekali. Buku ini juga sesuai dibaca untuk penyokong Pas jika ada orang tanya, "Ko ni sokong sangat Pas ni apa hal?". Kandungan buku ini semacam tak sesuai kepada golongan yang mengaji tinggi-tinggi dan meminati buku-buku bergenre berat yang nak kena ada syarah itu syarah ini, pandangan itu pandangan ini.


Petikan-petikan power:


"Dan janganlah para saksi itu enggan apabila mereka dipanggil." (al-Baqarah: 282)


"Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya." (Al-Baqarah: 282)


"Semoga Allah melindungi mu daripada kepimpinan orang-orang bodoh (tolol). Ka'ab bertanya: Apakah (tanda) kepimpinan orang tolol itu? Sabda Rasulullah s.a.w: "Pemerintah-pemerintah yang akan muncul selepas daripada aku. Mereka tidak mengikut petunjuk aku dan tidak berdasarkan sunnah aku. Maka sesiapa yang percayakan mereka dengan pembohongan mereka dan membantu di atas kezaliman mereka, maka mereka bukan daripada kalangan aku dan aku bukan daripada mereka, dan mereka tidak akan menjumpai aku di kolamku. Dan sesiapa yang tidak mempercayai pembohongan mereka dan tidak menolong di atas kezaliman mereka, maka mereka itulah daripada kalangan aku dan aku daripada kalangan mereka. Dan akan menjumpai aku di kolamku. Wahai Ka'ab bin 'Ajrah: Puasa adalah perisai, dan sedekah boleh memadamkan kesalahan dosa, dan sembahyang adalah ibadat untuk mendampingi - atau sabdanya: bukti (iman) - Wahai Ka'ab: Sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada haram. Nerakalah yang paling utama (layak) baginya. Wahai Ka'ab : Manusia menjadi dua golongan: Membela dirinya lalu dia membebaskannya (daripada neraka) dan menjual dirinya lalu membinasakannya."


 (Ahmad)


Amaran: Buku ini sarat terkandung dengan hadis-hadis dan ayat suci al-quran. Jadi, gua nasihatkan janganlah baca seorang diri lepas tu faham seorang diri. Takut nanti lu orang jadi sesat lepas tu pergi sesatkan orang ramai pulak. Pergilah berguru dengan mana mana ustaz yang sesuai.

Sekian terima kasih, semoga mendapat keberkatan dan rahmat Allah. n_n



Tiada ulasan:

Catat Ulasan