Ahad, 19 Februari 2012

Blues Sarapan Pagi

Lepas sahaja gua, Aminudin dan Syafuad pekena empat bungkus nasik lemak, dengan sambal masih lagi lekat dekat tangan, Syafuad bukak satu topik.

"Bila la JPA nak masuk.." Keluh Syafuad lesu dengan tahi lalat di pipi. Bunyi suara dia gua saspek dia sekarang tengah menghadapi hari hari sukar tanpa biasiswa JPA. Datang jugak rasa kasihan bila tengok keadaan Syafuad macam tu. Dah la Syafuad jenis minat nasyid kontemporari, mesti la tak biasa dengan rasa susah susah macam ni. Kalau budak punk lain la. Tak ada tak ada duit pun, sampai jugak ke konsert.

Mendengar keluhan Syafuad, Aminudin pantas menyampuk," Tu la.. Bilo la nak masuk." Gua sebenarnya tak setuju sangat bila Aminudin ni menyampuk dengan nada yang jugak lesu. Aminudin ni, pernah satu satu masa ada 11 ribu ringgit dalam bank. Celaka apa umur 21 dah ada duit dalam bank 11 ribu. Dah la dia ni tak beli apa apa aset yang besar pun dalam satu tahun. Itu sebab gua tak setuju bila Aminudin pun buat nada mengeluh. Paling tidak pun, dia tidak menyampuk dengan pantas, serupa dia ni ada masalah sangat dengan wang.

Belum sempat gua luahkan rasa marah pada Aminudin, Syafuad lebih dahulu suarakan dengan mata senget sebelah dan mulut yang mencebik, "Eleh, padahal duit ko dah banyak dalam bank..!"

Aminudin hanya tersengih mendengar ejekan Syafuad. Gua dari tadi yang hanya diam mula membuka bicara.

"Lening mung ada berapa lagi pitih Din?"

"Ada lagi dalam tiga ribu.. Haha" Aminudin ketawa kecil.

Mendengar jawapan Aminudin, gua turut gembira. Gua seterusnya tanya pulak Syafuad tanda prihatin,

"Mung pulok Syafuad?"

"Aku ada dua ribu je lagi.." Muka Syafuad masih lagi seperti sedih.

Mendengar jawapan dan melihat reaksi dari Syafuad, gua menjadi tidak tahan.

"Babi, aku ada lima ringgit je dalam bank!!"



***********
p/s- Kepada satu brader yang sekarang tengah enjoy di Turki tu, gua harap lu balik cepat. 3 bulan dah gua sabar tau tak?

p/s/s- Maybank 1560 9421 9872
Bank Islam 0601 9020 9438 50
n_n












2 ulasan: