Isnin, 2 Januari 2012

Kisah Dari Hujan.

(2011, Kuantan)

Selepas pekena makan tengahari bersama Alip, kami bergerak pulang ke kawasan penginapan dalam keadaan hujan yang lebat tak lebat. Payah gua nak terangkan kadar lebat hujan tersebut melainkan diukur dengan wiper Perodua Viva speed 2.

Setelah setel semua hal parking, gua terus membuka pintu kereta laju menuju ke pintu bilik. Sehabis baik, gua mengawal cari berlari supaya dengan kelajuan berlari yang optimum, gua tiba ke destinasi yang dituju tanpa sebarang masalah seperti tercabut selipar atau rebah di tengah jalan. Kalau rebah di tengah jalan, sakit dapat, malu pun dapat. Sebagai seorang pelajar universiti, dalam bidang dadah pulak, hal yang sebegini haruslah dielakkan.

Masuk ke bilik, gua bersiap apa yang patut untuk fardhu Zohor seterusnya ke kelas sesi petang seperti menyediakan set mandi, mengenakan tuala, serta mendengar lagu rock.

Sedang gua sedap duduk mendegar lagu rock sambil tak pakai baju, gua pula cuba untuk mengakses ke laman web yang paling popular dekad ini, iaitu fesbuk. Walaupun di luar hujan, aktiviti fesbuk biasanya tidak pernah terjejas. Fesbuk masih lagi meriah dengan kisah kisah cinta, motivasi, agama, dan juga kisah hari ni makan apa makan apa.

Dengan mulut yang masih mengikut rentak rock dan mata mengikut anak panah tetikus, gua terdengar bunyi yang tak biasa dengar. Seakan seakan besi bertemu besi. "King, king!"

Bunyi itu berulang-ulang beberapa kali. Hal ini mampu menggangu gua punya ketenangan dalam menguruskan fesbuk yang kian hari kian bertambah gua punya kenalan. Bila bertambahnya kenalan, cerita yang masuk juga bertambah. Cerita-cerita yang bertambah ini kalau tidak dikawal dengan kewarasan akal, akan dapat merosakkan diri dan juga bangsa. Untuk memastikan diri dan bangsa ini tidak musnah, tak lain tak bukan, faktor ketenanganlah yang menjadi pemboleh ubah manipulasi kepada waras tak waras akal seseorang.

Bunyi besi dengan besi dalam keadaan hujan sedikit menimbulkan tanda tanya dalam hati sanubari yang sentiasa ingin mencuba benda baru. Namun, fesbuk di depan mata merencatkan niat gua untuk mengetahui punca sebenar bunyi pelik tersebut. Satu lagi, benda ni bunyi masa tengah hari, takdelah nak berdebar sangat.

Sampailah azan zohor berkumandang, barulah gua berhenti mendengar lagu rock dan juga aktiviti fesbuk. Kerana gua Islam dan bilik tak sedap nak buat sembahyang, gua perlu ke surau yang jaraknya dalam 50 langkah dari muka pintu bilik. Kerana gua sekolah dulu tidak belajar ilmu ghaib, gua terpaksa pergi ke surau melalui pintu dan berjalan sendiri sendiri.

Setelah melangkah keluar dari bilik, bunyi besi bertemu besi tersebut menjadi semakin kuat. Di atas satu rumah yang sedang dibikin, kelihatan dua tiga orang lelaki berdressing tukang rumah sedang menghendel satu jentera 'pilling' dalam keadaan cuaca yang hujan. Dari jentera 'pilling'
itulah menghasilkan bunyi besi yang gua dengar sejak dari gua dengar lagu rock tadi.

Melihat abang abang rumah begitu giat bekerja dalam hujan seperti tidak kisah kesan demam yang bakal menimpa, gua mula rasa sangat bertuah menjadi seoarang pelajar universiti yang kerjanya tak lari dari belajar, makan, bergurau senda, dan bermain fesbuk di bawah teduh. Kalau yang jenis ada batu, keluar dari tempat teduh pergi berlawan dengan kezaliman. Dan yang jenis tak ada batu, sibuk pergi melawan orang yang nak berlawan dengan kezaliman. Orang yang jenis tak ada batu macam nilah yang orang kata bangang abadi.




6 ulasan:

  1. iye bro. setadi. semoga menjadi pelajar cemerlang

    BalasPadam
  2. tugas pelajar lu memang power. bergurau & makan

    BalasPadam
  3. . aku tengah bertarung dengan mata, tahan mengntuk baca buku nak xam

    BalasPadam
  4. Testing testing..... First time Gua moment pakai iPhone..Sedakkkk Sedakkkk....kah3
    -yusry KRU-

    BalasPadam
  5. kezaliman itu harus dilawan dengan kalam dan pedang.

    cewah macam alter terahsia bangsa melayu pulak aku punya komen. hihi

    sedak dah tu aktiviti belajar mung. jeles aku.

    BalasPadam