Isnin, 14 November 2011

Kenangan ke Makmal

Petaling Jaya (Januari 2010)

Gua sengaja cuba bersiap awal untuk ke kelas makmal. Apa kejadah gua nak pergi lewat lagi. Sudah dua minggu berturut-turut gua tiba kat kelas makmal selepas semua orang sudah siap buat eksperimen. Maknanya dua minggu berturut-turut jugalah gua lelah-lelah bergegas tak pandang makwe, kalau tunggu lif lambat, berlari naik tangga, semata-mata nak tulis nama, nombor matrik dengan tanda tangan kat hujung nombor matrik. Bila gua fikir-fikir balik, rasa menyesal pun ada gua bangun tidur. Baik gua teks sahaja Muhsin, lepas tu sambung balik mimpi dengan Juliana Evans.

Rexona Syaher gua sudah pekena, Belkrim Mubin pun sudah gua colek. Cuma kasut sahaja gua perlu pakai. Kelas makmal ni leceh sikit, kena pakai kasut, tak pakai tak boleh masuk. Eh, segan pulak gua nak cerita, sebenarnya IPT gua tidaklah rock mana, kalau nak diikutkan, tiap-tiap kali kelas la kena pakai kasut macam budak sekolah menengah. Kebebasan rock tu kurang. Cuma gua, kalau hari-hari biasa gua kira mudah pakai sauk Crocs je pergi kelas. Senang sikit gua nak bersila atas kerusi tak pakai selipar. Kalau bersila pakai kasut, macam Mister Bean pun ada kalau orang tengok. Kurang la gengster nya kalau orang dah pandang kita macam Mister Bean.

Gua saspek, gua punya kasut, Seli dah sauk buat pergi kelas. Nanti kang kalau gua berkeras jugak nak pakai kasut sendiri rebut dari Seli, nampak macam bukan budak universiti pulak. Perangai-perangai kurang pedoman macam ni, seharusnya sudah berkubur lama sejak masuk darjah enam. Seli pun bukan orang lain, member gua jugak. Pernah sekali tengah hari Jumaat, Seli beli air, dia sedut dua kali, semua yang lebih bagi kat gua habiskan. Peh, mana nak dapat beb member yang budi pekertinya mulia seperti hero drama pada zaman-zaman shuffle tengah up. Cuma bab cakap pasal perempuan gua tak masuk sangat dengan dia, sebab knowledge dia pasal perempuan tinggi sangat, tak sama level.

Berbalik kepada cerita kasut, gua pun pandang-pandang dekat rak. Di sudut kiri gua, gua terpandang kasut Mat Arsenal. Dalam kasut Mat Arsenal pun molek-molek ada stokin gua pakai minggu lepas. "Huh, berita baik ni! Tak payah nak cari stokin lain," ujar hati gua.

Gua capai kasut Mat Arsenal, jenama Nike. Sebelah gua dah masuk ngam-ngam kaki gua. Sedang gua tunduk-tunduk nak ikat tali kasut, tiba-tiba pintu bilik gua dikuak. Muka bengis Butip terpampang di muka pintu. Gua ingat beliau nak bagi salam.

"Woi, baik mung takyoh pakai kasut tu..!" tegas Butip dengan badan terbongkok-bongkok sambil jari menguis-menguis belakang kasut beliau. Sebelah kasut beliau tertanggal. "Kenapa pulak Butip ni? Gua nak pergi kelas awal-awal ni, ada pulak dia nak saspen-saspen," ucap hati gua keliru.

"Bakpe?" perlahan gua tanya.

“Takdi, awok ni kena doh saman. Fellow masuk kelas cek” Jawab Butip menjelaskan tentang undang undang IPT gua yang tidak mempraktikkan kebebasan ber'rock' dalam masyarakat.

“Doh tu, aku nok pakai kasut mana?”

Nasib gua agak baik. Kebetulan pulak ada kasut hitam Crokedai kat rak kasut, berdebu sekali. Saat itulah kali pertama gua tengok kasut tersebut kat dalam bilik gua. Entah kasut sapa entah. Entah-entah kepunyaan budak kontrak yang renovate bangunan. Tapi, gua ni jenis tak berkira sangat kasut sape kasut sape. Jadi, gua try sauk.

“Peh, besar sikit.. Dakpe ah,” cubaan gua menenangkan hati sendiri.

“Weh, Berus ada, berus?!” Tanya gua laju-laju. Menunjukkan gua jugak prihatin tentang kekemasan diri dan jugak peribahasa “Masa itu emas.”

5 ulasan:

  1. kasu siapa sebenarnya?tak tau sangat-sangat,huhuhu

    BalasPadam
  2. kasut siapa sebenarnya?nak tau sangat-sangat,huhuhu

    BalasPadam
  3. ha'ah kasut crocs laaa paling best!! tp bile basah abes kecoh berbunyi cam kasut budak kecik..adoyyyy

    BalasPadam