Ahad, 30 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011: Terengganu 1, Negeri Sembilan 1, dan Sharbinee Allawee 1.



2007/2008

Masa ni liga Malaysia tak up macam sekarang. Rata rata orang kebanyakan lebih berlagak dengan Menchester dan Ronaldoh berbanding Negeri Sembilan, Terengganu, ataupun Shukor Adan itu sendiri. Padahal rata rata tu, hanya pandai makan mekdonel, padahal haram sepak bola pun tak kena.

Sebagai masyarakat marhaen, gua punya hiburan minggu minggu selain menjenguk ke bundle, ialah pergi ke Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah, sebelah Wisma Darul Iman, iaitu sebuah bangunan yang pernah mendapat jolokan bangunan paling tinggi di Terengganu sebelum dirampas oleh Hotel Residence milik Felda.

Penyokong yang datang ke stadium di waktu tu tak ramai. Biasa-biasa kalau gua bertolak lepas maghrib pun, mesti dapat jugak duduk bawah skorboard. Paling tidak pun duduk bahagian tepi dekat skorboard, dekat bendera Brazil. Betul, masa tu, ada bendera Brazil dalam stadium. Biasanya, bunyi mercun datang dari kawasan yang ada bendera Brazil tu.

Masa ni jugak, Manaf Mamat bukan macam sekarang, tugas Manaf Mamat hanya pelengkap pasukan untuk jadi wing kanan buat Terengganu. Bila habis separuh masa, rata rata penyokong Terengganu akan berkata. "Weh, Tukor Manah tu.. tukor Manah tu..!! Natang mende gok..". .

Dari tahun 2005 hingga 2007, Terengganu tak pernah tewas di gelanggang sendiri. Ingat tu. Tak pernah tewas. Apatah lagi nak kena belasah macam Mencehster. Tahun tu, yang jadi penjaga gol ialah Syamsuri Mustafa. Masa tu, dia tak pakai lagi sarung kepala macam Petr Cech. Kira, orang masih anggap dia hero. Berani keluar bila satu lawan satu. Refleks tinggi. Kami yakin dengan kebolehan dia. Pendek kata, gawang gol tak mudah dibolosi kalau yang jaga gol tu Syamsuri Mustafa. Tapi, bila gua ingat muka dia pakai sarung kepala tu. Masya Allah.. malu pulak rasanya gua nak tulis nama dia.

Kalau dia tak ada, cedera ke misalnya. Yang ganti dia, biasanya Suhardi Elby. Pada suatu ketika, ada cerita yang kurang enak tentanh Syamsuri dan abang ipar dia Fadzly Alias. Dua dua digantung oleh negeri dari bermain, serupa dengan situasi Prof Aziz Bari. Cumanya, bayaran gaji tu, walaupun kena gantung tapi duit dapat jugak, itu gua tak tahu.

Entah perlawanan apa, gua seperti biasa hujung minggu akan pergi ke stadium. Dalam kepala, gua dah tahu yang Syamsuri dah tak main lagi. Gua pergi ke stadium bukan semata mata nak tengok Syamsuri. Syamsuri bukannya hensem. Kalau dia hensem pun, lahabau apa gua nak tengok lelaki hensem?

Dalam kepala gua yang akan jaga gol ialah Suhardi Elby.

Tapi jangkaan gua meleset. Yang jaga gol, bukan Suhardi Elby. Yang jaga gol masa tu, muka budak lagi. Body pun tak solid. Gaya pun berdebar. Dalam hati gua dah macam macam. Boleh ke budak ni? Entah apa power dia ada? Kalau orang tendang kuat, tangan dia mampu tahan tak ni?

Macam biasa, liga Malaysia kebanyakannya tendang ke langit. Dan akibat tendang ke langit, bola pun jadi membazir. Penyerang jadi tak tahu nak buat benda, padan dengan berlari ke hulu ke hilir kepala mendongak ke langit. Tapi, gaji ribu ribu tetap masuk macam biasa. Cilakak!

Akibat tendang ke langit jugak, budak baru yang jadi jaga gol tu dapat tangkap bola dengan kemas.

Budak tu tendang bola menangguk. "Pung!". Bola out ke tepi.

Hati gua pun berbicara, "Peh, dalam bidang keeper ni, budak ni memang tak boleh pergi jauh ni!" bila mengenangkan tindakan yang macam ni lagi mambazir dari sepak ke langit.











1 ulasan: