Jumaat, 21 Oktober 2011

Perjuangan

Salam perjuangan.

Kah kah kah, sebenarnya masa Terengganu lawan Selangor itu hari, dan Terengganu menang, gua ada pasang satu niat nak menulis tentang perjuangan gua sebagai anak muda yang cintakan negara dan menggemari makwe cantik. Celaka, mana mungkin anak muda tidak menyukai Lisa Surihani. Tapi tiba tiba rasa mengantuk telah menguasai seluruh badan gua. Ok, gua bohong. Mana boleh kaki, tangan, siku atau bulu kening tu ada perasaan mengantuk. Dalam perjalanan pulang ke bilik dari tempat pekena bola, mata gua pun dah tak berapa nak celik. Sekejap celik, sekejap pejam. Fakus memang ke katil dan selimut gua yang warna afrika tu. Jalan tu, gua nampak kuning je. Sampai bilik, gua terus tidur pakai jersi Terengganu.

Masalahnya sekarang, relevan lagi ke kalau gua nak tulis kisah gua punya perjuangan menentang sistem bangsawan ni?

2 ulasan: