Ahad, 28 Ogos 2011

Ramadan di London

2023

Mungkin gaji gua banyak sangat sampai gua tak tahu nak buat apa. Kereta dah bayar cash, rumah kerajaan dah bagi percuma, tinggal gua nak bayar duit minyak helikopter je hujung hujung minggu pusing Terengganu. Itu pun, minyak helikopter mahal 80 sen je dari petrol 97 tahun 2011 dulu. Bagus betul kerajaan berkebajikan tahun 2023 ni. Rakyat miskin pun sifar untuk gua nak kasi sedekah kurma. Jadi, pada satu hujung minggu pada bulan ramadan, gua pun ambik keputusan untuk pekena angin ramadan di Kota London.

London ni gua acap kali jugak pergi atas urusan dunia dadah. Dalam satu bulan ada lah dua kali. Jalan dari Jambatan Menara hendak pergi ke Wimbledon gua dah fasih benar. Siap gua tahu lagi mana jalan yang tak payah masuk highway nak elak dari bayar tol. Tapi, pada bulan puasa, belum pernah lagi gua jejak di Kota London ni. Jadi, ada duit lebih banyak ni, elok juga gua menikmati suasana ramadan di Kota London. Dah 8 tahun berturtut turut gua umrah, sekali tukar angin apa salahnya.

Gua hanya ke Kota London bertiga. Gua, anak sulung gua yang darjah satu dan adik perempuan dia yang umur 5 tahun. Adik bongsu dia, gua tinggal ke nenek dia di Terengganu. Nenek pun duduk rumah bukan ada kerja sangat. Kerja kerja rumah sidai baju bersih pinggang sapu sampah dah ada 3 orang gaji dari Argentina gua sediakan. Daripada duduk habiskan masa bermain fesbuk, baik mengasuh anak bongsu gua. Mana tau, hasil didikan neneknya, 3 tahun dah pandai quran.

Oh, Isteri gua yang berwajah pan asia tu, ada satu urusan pembedahan kelas kelas tinggi di Pulau Pinang. Jadi tak dapat ikut.

Pada satu petang selepas Asar. Gua ambik keputusan untuk melepak di satu kerusi kayu panjang di tengah tengah Kota London sambil membaca al mathurat dan zikir zikir harian yang lain. Orang lalu lalang pun tak berapa ramai. Masing masing masih ada urusan di pejabat agaknya. Jadi, tak jadi masalah sangat gua nak lepaskan anak gua bermain-main dengan burung merpati di tepi kolam.

Sedang mulut gua basah dengan zikir dan tangan gua mengkutis kutis seluar jeans bundle yang semakin koyak, gua didatangi seorang Mat Saleh lengkap berkot dan surat khabar di tangan. Umurnya dalam lingkungan awal 40-an.

"Hello, kamu Muslim?" tanya lelaki Mat Saleh tersebut dalam loghat London. Warga tempatan barangkali.

"Eh, macam mana tau?" Balas gua juga dengan bahasa England. Tapi accent gua lebih ke ikan singam.

"Tak, saya nampak kamu keluar dari situ." Sambung lelaki tersebut. Jarinya menunjuk nunjuk ke arah Masjid London yang masih menerima kunjungan orang ramai untuk pekena Asar.

"Lagipun.., tu!" Kini, jarinya mengarah ke arah kepala gua pula. Ke arah satu kopiah yang gua pakai.

"He he.." gua senyum mesra. "Duduklah.." Jemput gua.

Usai lelaki itu melabuhkan punggung ke kerusi kayu, dia pun mulakan bicara dengan satu soalan. "Eh, boleh saya tanya? Satu soalan mengenai Islam."

Gua senyum dan sambil mengangguk. Anak mata gua menjeling ke dua anak gua yang setia bermain dengan merpati. Perasan anak perempuan gua, Fatimah menyepak seekor merpati yang merampas bertih jagung dari tangannya, gua pun sound dalam bahasa Arab, "Fatimah..., La!!" Fatimah pun akur dengan gua punya garang.

Mata gua kembali ke arah lelaki tempatan tersebut.

"Saya nak tanya, kenapa Islam melarang orang lelaki menyentuh perempuan? Di manakah kebebasan dalam bersosial? Dalam menjalinkan hubungan kemesraan sesama manusia? " Tanya lelaki tersebut. Nadanya tidak tinggi, tapi gua tahu, itu adalah soalan yang tegas.

"Err.. Boleh kamu menyentuh Queen Elizabeth 3? Boleh orang asing seperti saya nak sentuhnya? Boleh lelaki berbasikal tersebut nak sentuhnya?" Tanya gua sambil jari gua tunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang mengunggang Fiksi sambil meminum air botol. Membuktikan lelaki penunggang fiksi itu tidak berpuasa.

Lelaki Inggeris di sebelah gua tadi menggelengkan kepalanya. Dahinya berkerut. Mungkin sedang berfikir, dari sudut mana gua ingin menjawab soalannya.

Gua pun sambung, "Seperti juga Queen Elizabeth 3, perempuan muslim juga tidak boleh disentuh oleh mana mana lelaki asing. Saya tak boleh sentuh sembarangan seorang perempuan muslim, kamu jugak begitu. Ya, kita tidak boleh sentuh sembarangan gadis gadis tersebut" Tunjuk gua ke arah sekumpulan gadis berhijab yang seperti baru sudah habis kelas tuisyen. Dengan masing masing menggalas beg dan menjinjing buku.

"Islam sangat menjaga seorang wanita. Wanita di sisi Islam sangat tinggi nilainya. Sebarang orang asing tak boleh suka suka hati nak menyentuhnya seperti mana orang asing juga tak boleh nak sentuh permaisuri kamu. Melainkan sudah menjadi penjaganya. Sama ada melalui perkawhwinan ataupun menjadi bapa atau abangnya. Ya, bagi kami setiap perempuan muslim adalah permaisuri. Itulah keindahan Islam." Jawab gua tenang. Setenang air di kali.

Lelaki Inggeris tersebut kaku. Mukanya seperti terkejut. Keningnya ke bawah. Tidak terkata dengan jawapan yang gua berikan. Jawapan yang gua juga pelajari dari fesbuk tahun 2011 dulu.

"Err.. saya pergi dulu." Pohon lelaki tersebut. Dengan tergesa tergesa dia beredar dari bangku kayu panjang tersebut.

Lelaki itu semakin jauh dari pandangan gua. Semoga keberedaran dia terus mencari keindahan Islam. Gua tersenyum puas. Gua pun bangun dari tempat duduk gua dan berdiri sambil mendepakan tangan. Tanda puas dengan jawapan gua.

"Bakpe ayoh?" Sound anak sulung gua melihat gua mendepakan tangan.



6 ulasan:

  1. Kalau dialog ni diucap oleh perempuan..cemanalah contoh dia eh..

    BalasPadam
  2. ayoh nok dukung bawok g mane tu?

    BalasPadam
  3. sebenarnya,tido pakai boxer tu pon bukannya elok sgt....

    BalasPadam