Untuk makluman saudara, sebenarnya gua punya demam dengan Piala FA pun tak surut lagi. Itu sebab gua tak berapa into sangat dalam bidang menulis blog sejak kebelakangan ni.
Satu lagi, akibat Terengganu menang, gua terpaksa potong rambut kasi pendek. Ini tak lain tak bukan silap percaturan gua yang berjanji pada mak gua kalau Terengganu menang, gua akan potong rambut. Rasa menyesal pun ada. Peh, makan hari jugak pening kepala gua bila potong rambut. Kepala rasa tak stabil.
Lepas dua tiga hari, kepala gua stabil, gua pun into ke scene yang lebih heavy dari scene rock rock yang lain. Ramai orang mengaku rock, punk mengaku dia rock, metal mengaku dia rock, dan Faizal Tahir tidak terlepas dari mengaku rock, tapi dalam banyak banyak cabang rock, scene yang gua sekarang tengah alami lah paling steady. Cakap dekat gua, cabang rock mana yang lagi steady dari scene 'rock and cement'? Peh, sakit habis belakang belakang gua bergelut untuk membina sebuah bilik untuk gua sendiri.
Jadi akibat kerja keras gua dalam scene rock ni, gua pun bila tiba malam jadi letih. Bila letih gua tak boleh banyak berfikir. Jadi gua ambik keputusan untuk membuka laman laman web yang lebih ringan pengisiannya berbanding blog. Atas beberapa faktor, gua pun memilih laman web kepunyaan Mark Zuckerberg sebagai wadah gua pada malam hari.
Di dalam fesbuk gua pun dapat mengetahu pelbagai maklumat yang ringan seperti mengetahui seseorang tu bosan, putus cinta, membenci rakan yang mengkhianati, melihat pemandangan, orang yang melihat rakannya membuat silap, dan pelbagai perkara yang menarik dan percuma.
Ok, sekian. Gua harap lepas ni akan ada golongan makwe pulak yang menghantar khidmat pesanan ringkas pulak. Makwe makwe ni, tak payah cakap perihal blog pun gua dah terharu.
haha,,aku pon dok surut gok lagi ni keh menang aritu..rohok sungguh..
BalasPadamhaha..memang harus potong rambut.kalau tak
BalasPadammasakan aku boleh trace wajah anda dengan rambut tu skali dalam tv malam tu...
hee~
tahniah ye ganu!
i love this blog
BalasPadamhai =)
BalasPadam*hah. wa komen pesen sms.siap ada smiley. tak terharu jugak wa tak tau lah. haha
feeling gila hang! kah3!
BalasPadammung krat rmbt gane??aknk taw g0p..
BalasPadampotong rambut kerana mak..bagusnyer..ank sape la lu ni kn..good job!!!!!
BalasPadamlue memang hebat!salute lue
BalasPadamhebak ah mung...
BalasPadam