Jumaat, 18 Mac 2011

Jawapan kepada Tun Mahathir yang menulis " Jawapan kepada Nik Aziz" pada lama dahulu. Dalam empat lima minggu lebih kurang.

2009, Petaling Jaya.

Hari semakin panas terik. Sesuatu yang normal di Petaling Jaya. Belum pernah sekali pun semakin ke tengah hari semakin cuaca jadi sedap dan tiba-tiba turun salji. Kalau hari teduh pun, panas terik tetap terasa di Petaling Jaya. Orang kata panas terik tu makanan orang Petaling Jaya, kalau tak tahan baik jangan berangan nak duduk situ. Memang tak sedap.

Dalam panas terik tu, gua sebenarnya dekat sebuah kelas yang kondisinya tidak sedap, panas, bau tahi kelawar dan nama tidak juga sedap, Smawp 2. Tapi budak-budak Terengganu sebut, 'smawek'. Padu.

Masa tu kelas Chemistry. Rasa kekok pulak bila gua tulis kelas Chemistry, biasa budak-budak panggil kelas Chem je. Tapi Terengganu punya hardkor lain terus, "Kelah keng, kelah keng.." Peh. Dalam kelas tu, tak silap gua, empat orang je laki-laki, Sirap, Syazwan Hafiz, Labi, dan gua. Yang lebihnya ramai-ramai perempuan. Tapi tu belum teruk lagi, ada sekali tu entah kelas apa, gua pergi-pergi hanya gua seorang je lelaki. Celaka, gua rasa nak pukul diri sendiri je masa tu.

Walaupun tengah hari, sebenarnya itu kelas pertama gua pada hari tu. Lagi sebenarnya, sebelum kelas Chemistry, ada lagi kelas Biology, tapi gua lebih pilih tidur. Itupun kelas Chemistry tu pun gua masuk lewat lagi. Hari tu, tidur memang mainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju hidup gua.

Adat manusia, bangun tidur tengah-tengah hari sape tak lapar? Kan?

Habis kelas, gua tak cakap banyak. Takdelah gua nak tanya soalan-soalan dulu ke. Buang masa. Buang masa tu satu, satu lagi kalau gua tanya tanya soalan, mana pergi prinsip rok yang gua pegang beb?

Gua berjalan pantas tak pantas dengan Labi. Labi ni gua tengok, gaya genster tu ada, tapi kepala otak, bijak jugak. Tak faham gua. Tapi benda tu gua tak berapa peduli, kepala gua ingat ke nasi lauk ikan keli goreng je. Taruk ulam sikit, lepas tu sambal sikit. Pergh, memang power. Setakat gua di Petaling Jaya, memang takde sambal belacan sedap dan power macam sambal belacan E cafe, tempat gua dan Labi tuju.

Dalam beberapa langkah dari kelas, dengan beg di kepala bahu dan tangan dalam poket, tibalah gua ke persimpangan. Gua bersedia untuk belok kiri, kalau gua belok ke kanan, gua menuju ke pagar. Belakang pagar tu ada longkang, belakang longkang ada rumah Cina. Bodoh apa gua nak ke pagar?

Sebelum gua sempat belok ke kiri, dalam kelas tu gua perasan tiga orang susuk tubuh tengah berdiri menghadap papan putih. Seorang perempuan, tudung labuh, ustazah bahasa Arab gua kira, dan dua orang mamat pakai kemeja jenis baju masuk dalam, muka berlagak. Dekat papan putih ada huruf-huruf jawi dari alif sampai ya. Gua pun perlahankan sikit pergerakan gua dan pandang ke dalam kelas.

Ustazah sambil tangan tunjuk ke papan putih sambil berkata, " Ha, ni huruf apa? Baca.."

Dua orang mamat, diam.


"Babi!" ucap gua dalam hati sambil sepak tiang gajah gelusur tanda tak puas hati ke Mahadir.

Apa kejadah umur masuk 19 tahun baru nak belajar Alif Ba Ta?! Hah?! Sape cakap hapuskan tulisan jawi takde kesan dalam masyarakat memang bahalol. Otak dungu!



p/s- Sape sape tak baca lagi tulisan Mahadir tu, lu boleh cari dan baca sendiri. Semua nak gua je, macam mana nak berkembang?





4 ulasan:

  1. lu pas la kat gua aka pinjamkan tulisan Mahadir tu
    gua malas la nak beli

    BalasPadam
  2. doctor in the house tu ke sang harima???



    err.btw, igt lagi tak kelas bio 3 dgn miss hidayati..

    haha~ kamu slalu kena dgn miss kan~ ^_^

    BalasPadam
  3. apa2 hal pn,kirim salam la sama nurul izaty atas ni...
    pasal tulisan jawi tu,kita bincang kemudian...

    BalasPadam
  4. point penting yang buat aku brahi tengok blog sang harima..haha

    BalasPadam