Jumaat, 28 Januari 2011

Gigi


Dulu, dia pernah jadi Inspektor Maria yang sangat prihatin terhadap adiknya Mariana yang pandai bawak motor besar dan menghisap rokok.


Untuk pengetahuan semua, gua mempunyai sepasang gigi yang iras-iras Erra Fazira. Maksud gua, bukanlah gigi gua tu macam Erra Fazira, tapi gigi dia. Kalau gigi gua macam muka Erra Fazira, malu jugak gua hendak berhadapan dengan masyarakat.

Gigi gua ni, gua jaga elok dan adil dari untuk atas bawah. Mungkin dekat belakang-belakang tu, perhatian dia tak sepenuh macam dekat depan, tapi dari sudut hati gua, gua sayangkan semuanya. Cuma masa lebih mencemburui gua dan gigi gua.

Sebelum mandi pagi, gua kasi pekena gosok dulu gigi gua. Kadang-kadang, kalau gua takde kerja ataupun tersilap letak ubat gigi sebelum mandi tengah hari atau malam , gua jugak terpaksa terpekena gosok gigi. Tapi, jarang-jarang benda tu berlaku. Malah, kegiatan mandi itu sendiri pun jarang-jarang, apatah lagi jika hendak dibandingkan kegiatan tersilap letak ubat gigi sebelum mandi. Jadi secara pukul rata, 24 jam sekali, baru gua bawak gigi gua bergurau.

Sejak dua tiga hari ni, gigi belakang gua memberontak dengan gua. Hal ini menyebabkan gua jadi sakit sampai ke kepala kemudian ke hati. Gua seterusnya menjadi sukar untuk fokus dan memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti harian gua sebagai pemuda harapan negara. Jadi gua lebih melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak memberi jaminan masa depan kepada negara seperti tidur dan mengata ke masyarakat sekeliling. Bermain fesbuk tu, kiranya ada lagi faedahnya. Paling tidak pun, boleh mencungkil bakat sebagai perternak ikan.

Hal ini sangat tidak membantu negara dalam membangunkan kegiatan-kegiatan sosio-ekonomi yang kini sedang meningkat naik seperti harga minyak, minyak masak, gula, roti, roti canai, teh tarik, astro dan menara Rosmoh.

Jadi, sebagai seorang yang berjiwa pejuang dan prihatin, untuk menyelesaikan hal gua ini demi kepentingan negara, gua sanggup mengorbankan masa lapang gua dengan gosok gigi tiga kali sehari. Ya.. Tiga kali..

Nota nasihat:

Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (Riwayat Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. telah bersabda : “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “. (Riwayat Ahmad)


“Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. (Riwayat Muslim)

Peh, inilah dipanggil kemahiran google.




5 ulasan:

  1. kasi cabut saja bior berlobang.hehehehehe.joke!

    BalasPadam
  2. lama sang harima ni tak update ek??

    tibe2 sal gigi..haha

    BalasPadam
  3. Rugi la gua beli ubat gigi kalau tak guna secara optimum kan?

    Zaty, peh. Terima kasih kerana prihatin.

    BalasPadam
  4. pegh. pesen ada makwe prihatin sebab jarang update ni memang lain!

    haha,

    BalasPadam