Gua baru pulang Terengganu bersama motor gua bersama empat yang lain bersama empat motor yang lain dari Kuantan. Setibanya gua di rumah gua di Kampung Barat, badan gua secara tiba-tiba menjadi letih.
Selesai solat Maghrib, gua tak pandang belakang dan tak mandi terus tidur di atas sofa depan tivi. Semenjak lepas raya ni, entah berapa kali saja gua pekena mandi Maghrib. Boleh jadi kalau gua masuk persatuan mandi Maghrib, gua mungkin dipecat kerana tak beri komitmen. Namun, mereka tak tahu yang jauh di sudut hati gua sebenarnya merindui saat mandi Maghrib sebelum ini.
Barangkali kerana panas tak mandi dan tempat tidur yang kurang sesuai bagi seorang yang berhati waja, gua terbangun dari tidur yang mantap. Sebelum gua bangkit, sebenarnya rumah gua telah didatangi Pak Cik Kor dan segerombolan dari Negeri Sembilan sebagai tetamu rumah gua untuk malam ini sekaligus hingga ke pagi. Boleh jadi, sebab bapak sedara gua ni jugak gua boleh terbangun tidur.
Gua pun bingkas bangun dan menyelesaikan urusan gua sebagai pemuda yang baru bangun tidur. Ramai pemuda yang hebat dan berjaya dalam sejarah mengamalkan sikap bangun tidur. Sultan Muhammad Al-Fateh misalnya, dia jugak bangun tidur. Masakan beliau tidak bangun tidur sekiranya hanya beliau yang tidak pernah tinggal solat tahajjud di antara tentera-tenteranya semasa pembukaan Kota Konstatinopel itu hari. Solat tahajjud tu, terang-teranglah kena bangun tidur dulu baru boleh buat. Cuma, gua tak buat la tahajjud masa gua bangun tidur tu.
Selesai urusan gua sebagai pemuda yang baru bangun tidur, gua ke dapur untuk makan nasi. Pemuda hebat dan berjaya dalam sejarah pun, kalau tak makan tak ke mana jugak.
Selepas makan, gua terus ke ruang tamu bahagian tivi untuk pekena Piala Malaysia. Lebih-lebih lagi di saat Terengganu yang orang kata di ambang suku akhir. Gua bergerak laju dan teratur ke ruang tamu. Sebarang langkah sumbang boleh buat gua rebah, seterusnya mengurangkan risiko gua untuk tengok Piala Malaysia. Sampai depan ruang tamu, gua perhati betul-betul tivi atas almari. Hati gua jadi luluh.
Gua hanya mampu geleng kepala melihat cucu bapak sedara dari Negeri Sembilan menonton Mr. Bean. Apa kes?!!
Catatakan kaki penyu:
Gol Pertama: Marzuki Yusof.
Gol Kedua: Ashaari Samsudin,
Gol Kuala Lumpur: n_n
Suku Akhir, Terengganu lawan Kedah.
tadi gua tengah layan open house. tiba tiba tuan rumah layan benda ni.
BalasPadamgua cari cari terengganu punya skor.
menang!
dalam pikiran gua, konfem mamat harima tu buat rebiu!!
pegh! gua ada kuasa psikik aa sekarang! haha.
Haha
BalasPadamthe battle begins! hopefully Kedah menang.hehehe
BalasPadamsembak2 lue memang lembak
BalasPadammr bean pun mr bean la labu~
BalasPadamkekeke
terengganu,mat said,marang,pulau duyung
BalasPadamnaper mung bolok yipi2 yaw
BalasPadamtranung kedoh due same ah,
BalasPadamdoh a'ar maing kak stedieng dirri,..
guane criter nih?