Jumaat, 1 Oktober 2010

Dilema Penjual Dadah.

Gua dengan beg sekolah atas belakang bergegas ke lif selepas parkir motor gua secara tongkat dua. Gua pergi ke lif bukanlah ada benda sangat, cuma gua hendak ke atas ke makmal. Hendak naik tangga takut gua jadi letih pulak. Dah la datang lambat letih pulak. Letih dan lambat bukanlah sesuatu yang elok bagi seorang pemuda berwawasan seperti gua. Lebih lebih lagi gua salah seorang daripada anggota GATEM, sebuah gabungan yang paling kehadapan di negeri Terengganu . Oleh itu, gua mengambil keputusan untuk dapat lambat sahaja. Lagipun, macho ke kalau letih?

Tiba di depan pintu lif depan tangga, ada seorang lelaki dalam linkungan 30-an ke atas sedang menunggu lif yang sama dengan lif hok gua tunggu. Lelaki tersrbut kalau tak silap gua adalah ketua bagi semua makmal yang ada dalam bangunan tempat gua belajar. Gua andaikan saja sebab itu jam masa gua mula-mula belajar, lelaki tersebut pernah mewakili semua kakitangan makmal memberi ceramah makmal pada budak budak kelas gua. Biasa-biasa jarang budak-budak bawahan memberi ceramah. Budak-budak bawahan biasanya kerja mengutuk orang atas saja.

"Ting!!" bunyi lif tanda dia menjemput lelaki ketua makmal dan gua masuk.

Kami melangkah masuk dengan tidak serentak. Lelaki ketua makmal masuk dahulu lagak macam orang nak masuk lif. Manakala gua masuk kemudian gaya macam orang nak masuk lif jugak, cuma langkah gua lebih bertenaga macam pemain bola.


"Tingkat berapa?" tanya beliau steady duduk sebelah butang lif sambil sebelah tangan dalam poket.

"Satu," jawab gua tawar.

"Nak jumpa siapa?"

"Pergi makmal.."

"Eh, student first year ke? Tak perasan pulak.."

Gua senyum tawar. Pada masa yang sama hati gua jauh menerewang ke qalbu.

"Celaka! Gua punya 'dressing' tak layak lagi ke orang nak pandang gua penjual dadah?"

12 ulasan:

  1. 'langkah gua lebih bertenaga macam pemain bola'

    pemain mana ni bro?

    malaysia??? haha.

    BalasPadam
  2. patut lu ni kene lempang skali due gn ketua makmal..

    -org RTM-

    BalasPadam
  3. gua pun kutuk orang atasan
    -terus dari jantung-

    BalasPadam
  4. GATEM tu officail di mate sape??
    doh aa gambor aku xdok..
    sapok x aci er..p
    adahal gambor kamera nset aku.
    haha

    BalasPadam
  5. prestasi lu kat sana, nampaknya sangat komited thadap pelajaran tetapi gua x stuju dengan prestasi lu berkejar pergi ke kelas. Baek lu ubah perangai ni. Biar lambat asal selamat.

    BalasPadam
  6. sempoi a..lue bro.i like

    BalasPadam
  7. sempoi a..lue bro.i like

    BalasPadam
  8. lue spatutnyer lempang mamat tue bro.ad ker die ingat lue penjual dadah.kurang 2 mat gian

    BalasPadam