Sabtu, 25 September 2010

Mungkin inikah yang dinamakan cinta?

(Petaling Jaya, 2008)

Gua baru sahaja menetap di Petaling Jaya. Adalah dalam tiga minggu, port khutbah jumaat pun tak tetap lagi, malah kemahiran memotong kuku pun belum gua apply dekat Petaling Jaya.

Masa tu, gua punya spirit dengan pelajaran baru menaik.

Pada suatu malam, dengan dressing baju tidur, gua seperti pelajar duduk mengadap pelajaran dekat meja dalam bilik gua. Entah apa gua belajar pun gua kurang pasti. Boleh jadi gua menyelesaikan masalah matematik, boleh jadi gua buat hal kimia, atau boleh jadi gua main game ular dalam telefon tangan. Rekod tertinggi gua buat, yang pecahkan rekod tertinggi pun gua jugak.

Budak-budak bilik gua tak jauh beza dengan gua, Steven Falah, Butip, Mubin, Mat Amir Hasif, Pidin Sulong, Wan Perak semua duduk dekat meja stadi. Cuma Ahmad Syaher dan Wan Johor je tak berapa into sangat nak duduk dalam bilik.

Tiba-tiba, dalam pukul sepuluh lebih kurang, telefon tangan gua berbunyi. Gua jadi pelik dan geli akibat getaran yang berlaku dalam poket seluar tidur. Maklumlah, seluar tidur bukan keras macam seluar jeans, lebih-lebih lagi dengan ruang poket yang luas kadang-kadang menjangkau tempat sulit. Jarang benar gua punya telefon tangan berbunyi, lebih-lebih lagi bunyi tanda khidmat pesanan ringkas masuk. Gua dengan telefon tangan gua biasanya tak lebih dari game ular yang bertajuk 'Snake Xanzia', tapi kali ni ada khidmat pesanan ringkas pulak.

Gua tinggalkan hal dunia pelajaran sebentar, gua tenung telefon tangan gua yang dah gua keluarkan dari poket seluar tidur. Gua pun masuk ke ruangan khidmat pesanan ringkas.

Bila gua masuk ke ruangan khidmat pesanan ringkas. Hati gua rasa berdebar. Pesanan yang dihantar ialah dari seorang makwe yang gua kenal. Bila gua tekan 'read', hati gua menjadi lebih berdebar, bila pesanan itu ialah pesanan selamat malam. Inilah kali pertama gua dapat pesanan selamat malam dari makwe yang gua kenal. Sebenarnya, yang tak kenal pun tak pernah bagi pesanan selamat malam.

Gua jadi kelu dan pandang kiri kanan. Celaka! Macam mana boleh ada makwe wish selamat malam dekat gua? Gua ni dah la samseng, 'bekeng' pulak tu. Makwe tu pulak bukan gua rapat sangat. Malah, mana ada makwe yang rapat dengan gua. Sesuai dengan imej gua, gua tak balas pesanan tersebut . Gua pun kembali masukkan telefon tangan ke dalam poket seluar tidur.

Gua teruskan dengan hal ehwal pelajaran.

******

Besok malam, spirit gua dengan pelajaran masih lagi belum menurun.

Dengan dressing baju tidur semalam , gua seperti pelajar duduk mengadap pelajaran dekat meja dalam bilik gua. Entah apa gua belajar pun gua kurang pasti. Boleh jadi gua menyelesaikan masalah matematik, boleh jadi gua buat hal kimia, atau boleh jadi gua main gameular dalam telefon tangan. Rekod tertinggi gua buat, yang pecahkan rekod tertinggi pun gua jugak.

Budak-budak bilik gua tak jauh beza dengan gua, Steven Falah, Butip, Mubin, Mat Amir Hasif, Pidin Sulong, Wan Perak semua duduk dekat meja stadi. Cuma Ahmad Syaher dan Wan Johor je tak berapa into sangat nak duduk dalam bilik.

Tiba-tiba, dalam pukul sepuluh lebih kurang, telefon tangan gua berbunyi. Gua jadi pelik dan geli akibat getaran yang berlaku dalam poket seluar tidur. Maklumlah, seluar tidur bukan keras macam seluar jeans, lebih-lebih lagi dengan ruang poket yang luas kadang-kadang menjangkau tempat sulit. Jarang benar gua punya telefon tangan berbunyi, lebih-lebih lagi bunyi tanda khidmat pesanan ringkas masuk. Gua dengan telefon tangan gua biasanya tak lebih dari game ular yang bertajuk 'Snake Xanzia', tapi kali ni ada khidmat pesanan ringkas pulak.

Gua tinggalkan hal dunia pelajaran sebentar, gua tenung telefon tangan gua yang dah gua keluarkan dari poket seluar tidur. Gua pun masuk ke ruangan khidmat pesanan ringkas.

Kali ini, memang hati gua betul-betul berdebar dan rasa lain macam. Dalam pengalaman gua dengan telefon tangan, lain macam inilah yang paling lain macam pernah gua rasa. Gua dapat pesanan dari makwe yang sama dengan tujuan yang sama, iaitu wish selamat malam.

Kali ini, gua pun tak balas pesanan tersebut, cuma gua letak gua punya telefon tangan sebelah buku dekat atas meja. Gua kembali ke hal ehwal pelajaran.

******

Dalam pukul dua dua puluh sembilan pagi, gua rasa inilah masa yang sesuai untuk gua ke tempat tidur. Sebelum gua mengambil keputusan untuk ke tempat tidur, gua pun terpandang telefon tangan gua. Gua ambik, dan dengan perlahan gua pergi semula ke ruangan khidmat pesanan ringkas. Gua buka pesanan makwe tadi. Gua tenung dalam-dalam pesanan dia. Gua pun senyum dan geleng kepala dua kali. Sekali ke kanan, dan sekali ke kiri.

Gua pun tekan 'reply'

" Tidur apa awal-awal? Ni la baru selamat malam.."

Dan gua tekan 'send'. Gua senyum, dan sekali lagi gua geleng kepala dua kali.

Mungkin inikah yang dinamakan cinta? [ha ha ha]


20 ulasan:

  1. haha,lu memang bleh jadi akimAF sang harima..

    BalasPadam
  2. Terima Kasih. Gua memang minat Akim AF.

    hahahaha

    BalasPadam
  3. aha..itu cite 2008
    apa cerita untuk 2010 ni??

    BalasPadam
  4. Entah la Nurul Zaty, kalau boleh gua nak cari artis.

    BalasPadam
  5. naseb bek reply jugak..

    lau tak sian makwe tu.

    BalasPadam
  6. hati ada debar beb, bila dapat mesej dari makwe (tak kisah la makwe orang pun).

    BalasPadam
  7. naper au mung bak

    BalasPadam
  8. so, apa cerita sekarang?

    wish wish lagi tak??

    hehe.

    BalasPadam
  9. Tak! Ada sekali gua kasi ayat makan dalam.

    BalasPadam
  10. lu mmg terbaek rr..belh wat flem pendek cter lu,,

    BalasPadam
  11. konfem budak tu tersedak lu suap dia dalam dalam.haha.

    BalasPadam
  12. mg tggl s0rg ag bdk blk kte...

    BalasPadam
  13. bdk dpn blik lu dulu227 September 2010 7:15 PTG

    wa pom penah jgk jd cmni dulu2..
    bangus tndakan yg lu ambek 2..

    BalasPadam
  14. lu jual mahal ker atau lu memang pemalu.

    BalasPadam
  15. lu jual mahal ker atau lu memang pemalu.

    BalasPadam
  16. Kehkehkeh.. Gua tunggu artis la..

    BalasPadam
  17. mmmmm nice story
    i like mat rempit

    BalasPadam