Rabu, 8 September 2010

Rokes!

Afifi 'indie' Embong/20/single (tapi tak silap dulu dia ada makwe indie jugak)


Malam tadi, sesuai dengan malam penghujung Ramadhan, abang gua dan gua telah keluar ke bandar untuk membeli apa yang patut sesuai dengan penghujung Ramadhan. Sesuai dengan penghujung Ramadhan juga, kami menuju ke bandar bahagian Tanjong, di mana scene paling havoc semasa Ramadhan di Terengganu selepas Mydin Mall dan Giant. Lebih-lebih lagi di malam penghujung Ramadhan seperti malam tadi.

Abang gua punya dressing dengan memakai baju kugiran Anthrax gambar tengkorak dan seluar tiga suku warna askar. Sebagai pendidik anak bangsa, sepatutnya tidak perlulah beliau dressing sebegitu. Tetapi di sebabkan beliau adalah abang dan gua adalah adik, tidak berani pula gua nak menegur beliau secara live.

Gua pula cuma mengenakan jeans berjenama dan baju berbelang oren, merah, kuning dan biru. Pernah satu kali gua buat sembahyang baju ni, gua ditegur kenalan gua, " Kikilala ke..?". Tetapi disebabkan gua ni rock, gua hanya senyum dan tidak mengambil kisah seperti tafsiran M. Nasir terhadap rokes. Kata M. Nasir, rokes bukanlah golongan yang jahat, tetapi mereka cuma tidak mengendahkan kata orang lain. Begitu jugak gua, kalau setakat nak menegur tentang baju gua, gua tak ambik pusing sangat. Lainlah kalau diajak bertumbuk, berterajang atau main dam aji.

Sebenarnya, dah lama gua tak pekena dam aji. Paling last gua rasa ialah masa awal tahun dulu. Itupun gua bermain secara maya melawan komputer kepunyaan Sheikh Aizudin. Tapi apa kejadah main dam aji tapi bila ada peluang makan, kita kena wajib makan. Inilah orang putih, buat sangat game dam aji, tapi mereka tak tahu yang dam aji tu adalah seni. Seni ni mana boleh main paksa paksa. Contohnya macam Slash, mana boleh dia nak paksa Bangfes main Slash, ataupun mana boleh Metallica nak paksa New Boyz main Metallica. Begitu jugak dengan dam aji, ia adalah seni. Mana boleh nak paksa gua makan umpan, itu hak gua nak makan ke taknak. Akibat gua memberontak dengan perkara ini, gua tewas untuk game pertama dan terakhir gua. Celaka!

Berbalik kepada perihal menuju ke Tanjong, kami tiba selepas orang sudah ramai tiba. Orang ramai ni entah sembahyang terawikh ke tidak, apatah lagi nak menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan. Jadi, kami membuat keputusan untuk parkir sedikit jauh dari scene yang sebenar.

Scene di Tanjong adalah scene bundle yang paling nombor satu, tak pernah lagi gua tengok scene bundle yang lagi nombor satu dari Tanjong. Mungkin suatu masa dulu scene di Batu Burok boleh jadi penampang, tapi scene Batu Burok dulu pun asal dari Tanjong jugak. Itupun cuma setahun dua sebab nak ganti Tanjong yang masa tu dalam proses dalam nak buat jamban ekslusif dan segala bagai dekat Taman Syahbandar. Lepas tu scene tersebut beralih semula ke Tanjong. Kini di Batu Burok tiada lagi scene bundle melainkan scene makwe, pakwe, kuda, A&W, kereta Proton dan arca kolam renang.

Sementelaah gua sudah berada dalam scene bundle, gua angkat sebarang helai (baca=sehelai) baju buat beraya. Setelah itu, gua sambil berjalan, sambil membelek apa yang patut. Dalam tiga puluh enam minit lebih kurang, gua pun berhenti berjalan sebab abang gua berhenti berjalan. Kami berhenti berjalan bukan sebab lenguh, tetapi sebab kami lebih menumpukan terhadap perbincangan dunia bundle terhadap member abang gua yang kebetulan menjadi tauke tempat di mana kami berhenti berjalan.

Tidak beberapa lama kami berdiri, gua ternampak susuk tubuh dengan baju yang gua kenal. Gua melihat kelibat Afifi 'indie' Embong di kawasan kami berdiri. Gua pun tanpa segan silu menegur beliau yang baru tiba mencari baju.

Afifi 'indie' Embong memang macam Afifi 'indie' Embong yang gua kenal. Dalam sebelas perjumpaan dengan beliau di Terengganu, sembilan perjumpaan adalah beliau memakai baju kugiran indie yang dulunya meningkat naik, The Couples. Maknanya, kalau gua berjumpa dia sebanyak 22 kali, 18 kali dalah beliau dengan baju The Couples yang entah mana dia beli.

Afifi ni baru saja dua tahun lebih gua berkenalan, itupun di Petaling Jaya, semasa gua mencari ilmu di sana. Dalam dua tahun lebih tu, adalah setahun lebih gua tahu dia amat meminati kugiran AC/DC dan Angus Young. Malah, video konsert AC/DC yang tiba-tiba keluar sangkar besi dari bawah pentas konsert dan tiba-tiba keluar Angus Young dari sangkar tersebut dengan berseluar pendek dan tidak berbaju yang dimuat turun oleh Afifi sendiri, masih lagi tersemat kemas dalam folder download dalam kompiter gua.

Pada malam tadi, gua melihat beliau begitu bersungguh-sungguh membelek sehelai demi sehelai baju bundle yang ada. Dan dengan terang, beliau cuma mencari baju AC/DC, apabila setiap baju AC/DC pasti beliau mencuba ukur kalau-kalau padan. Gua yang cuma perhatikan beliau, hanya mampu menggeleng kepala melihat beliau dengan minat beliau yang terlalu deep dengan AC/DC. Kalaulah anak remaja ini tahu betapa peripentingnya lailatul qadar dalam hidup seorang muslim jika hendak dibandingkan dengan baju kugiran AC/DC.

Scene Afifi 'indie' Embong berlalu pergi. Namun scene perbincangan scene bundle bersama teman abang gua masih berlarutan. Malah dari scene bundle pergi pulak ke scene kereta. Dari scene kereta pergi pulak ke scene anak. Dari scene anak pergi pulak ke scene internet. Dari scene internet, maka tibalah pula ke scene yang paling top di antara scene scene paling top masakini, iaitu scene fesbuk.

Habis berbincang dengan gaya paling brader, kami pun menuju pula ke kedai makan di belakang sebelah laut dekat dekat benteng. Kami menapak di Wira Tom Yam. Wira Tom Yam ni, banyak kali jugak gua bawak kenalan gua pekena, Afifi 'indie' Embong pun pernah. Kata abang gua, Wira Tom Yam ni dah lama bertapak di Terengganu ni. Kiranya Wira Tom Yam ni adalah antara otai tom yam di kawasan dekat dekat benteng.

Semasa mula tiba di Wira Tom Yam, gua melihat seorang brader berambut panjang rock dan berseluar pendek. Badannya kurus dan gelap. Dalam gua melihat brader tersebut, beliau melihat gua. Mata kami saling melihat ke arah mata bertentangan. Mata gua melihat mata brader tersebut, mata brader tersebut melihat mata gua. Hati gua masa tu terbahagi kepada dua, yakin dan tak yakin. Disebabkan masalah hati tersebut, gua mengalihkan pandangan.

Semasa gua melabuh punggung, gua bertanya perlahan abang gua takut-takut didengari orang, lebih-lebih lagi brader rambut rock itu.

"Eh, tu Black Wings ke?"

"Hor.. Tu Black Wings la tu.."

Dalam hati gua, " Celaka, menyesal gua tak angkat-angkat kening tadi!!"


7 ulasan:

  1. lu sbnrnya nak cerita psl afifi ke psl black wings nih?

    BalasPadam
  2. teruk pipi.arap muke je baby face.ka ka......

    BalasPadam
  3. sebenarnya, rokes tak mengaku dia rokes. kah kah kah.

    BalasPadam
  4. buatla cerita aku ngan radiohaed plak.

    BalasPadam
  5. Gua nak cerita pasal dam aji je..

    Entahlah Mael, gua pun memang ingat nak bersara dari arena rokes ni.

    Radiohead tu menda?

    BalasPadam
  6. abang ko memang in betul..penampilan guru bukan pada baju drpd apa yg dberi kat anak bangsa...

    sebab aku mcm abg ko gak

    BalasPadam
  7. wau hebatnyer gaya penulisan awak.suke sangat.......

    BalasPadam