Jumaat, 23 Julai 2010

Childhood Dream.

Semasa gua berumur nak masuk darjah satu, barulah gua kenal apa itu XPDC.

XPDC merupakan sebuah kumpulan rock yang top pada era 90'an tempoh hari. XPDC merupakan sebuah kumpulan dianggotai oleh lelaki-lelaki di mana lain langsung dengan kumpulan Raihan yang juga top pada ketika itu. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan kumpulan yang paling hit pada masa kini, Bangfes.

Pada ketika itu, selain dari gua ingin menjadi seorang yang smart dan menyelamatkan dunia seperti Tommy Power Renjes, gua juga memasang cita-cita sebagai seorang yang XPDC. Berambut panjang, hensem dan tidak kena marah dengan mak ayah.

Semasa besar sikit, dalam darjah tiga barulah gua sedar bahawa cita-cita gua untuk menjadi Tommy Power Renjes susah untuk menjadi kenyataan. Raksaksa-raksaksa aneh tidak pernah muncul di tempat gua, hendak ke Amerika tidak pulak gua tahu macam mana nak beli tiket. Pergi ke bandar Marang pun tak pernah gua sorang-sorang. Namun begitu, cita-cita gua untuk menjadi XPDC tidak pernah pudar.

Gua tiba-tiba menjadi semakin berumur dari hari ke hari, dari tahun ke tahun. Semasa proses itulah gua mendapat tahu bahawa untuk menjadi XPDC, universiti adalah salah satu tempat yang paling sesuai selain menjadi penjual pil kuda di rumah. Sejak dari itu, gua mula memasang nekad yang tinggi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki universiti. Lebih-lebih lagi bila seorang yang lebih senior dari gua hok duduk belakang rumah gua kena tangkap sebab meniaga pil kuda.

Kini gua sudah berumur universiti. Semasa berumur universiti begini, barulah peluang gua untuk masuk universiti meningkat. Di negara gua, umur kanak-kanak tak boleh sebenarnya nak masuk universiti. Adi Putra yang sedikit kalah dengan gua dan selalu masuk surat khabar pun tak diberi peluang nak masuk universiti.

Sudah ditakdirkan, atas usaha gua dan rezeki Allah, gua ditawarkan untuk memasuki sebuah universiti terkenal di Semenanjung Malaysia. Kini risiko impian kanak-kanak gua untuk menjadi kenyataan semakin meningkat. Boleh jadi, di hujung tanduk kata orang tua.

Cuma gua nak tanya, gua sekrang kena tukar impian kanak-kanak ke kena tukar universiti ?


p/s- Gua sekarang lebih suka menulis atas buku nota atau kertas kosong dari menulis menggunakan kompiter. Takdok masa kata orang. Nak baca tulisan gua, mari Kuantan. Lu tunggu dekat terminal, gua datang ambik pakai motor 'vintage'. Makwe diutamakan.

11 ulasan:

  1. hahaha. teruskan dengan impian anda =D

    BalasPadam
  2. okay,sila datang jemput makwe-makwe di Maimunah 8 pergi bandor.delivery pakai motor 'vintage" please! ha-ha

    BalasPadam
  3. takyah tukar impian.. teruskan.. hoho.. aku minat jason power rangers!

    BalasPadam
  4. terbaek jugak impian kanak mu..

    vintage memang x leh lawan..
    haha

    BalasPadam
  5. menyayangi post2 terbaru sang harima,,

    BalasPadam
  6. ha2..bila nk ganti vokalis XPDC?

    BalasPadam
  7. Sang Harima (Unplugged)28 Julai 2010 pada 2:28 PTG

    Shukri, haha beres!

    Anna, amboi, amboi, amboi..

    Jay, hmm.. hidup mesti terus!

    Mad, haha, lu tak tengok lagi kan?

    Harun, hmm..

    Diriku, tunggu Mael XPDC jadi imam Negara..

    Zaty, amboi amboi amboi..

    BalasPadam
  8. agak2 lu nyanyi lagu XPDC boleh tarik lagu tinggi macam Mael tak?? Gua ni stakat tarik lagu SM Salim terkucil jgk kadang2

    BalasPadam
  9. wau gempak ah lue.dulu gua pun minat xpdc jugak tap skarang gua minat snsd

    BalasPadam
  10. hebat cite2 mung sang harima

    BalasPadam