Isnin, 21 Jun 2010

Nanti ada duit lebih sikit, gua ingat nak pasang cermin sisi la..

Gua dah semakin tak berbakat guna perisian paint

Berbekalkan seluar jeans hitam, baju tshirt knapsack, helmet kekura, dan duit RM 11, gua mencapai motosikal gua untuk ke Bandar Marang dan seterusnya ke Bandar Kuala Terengganu atas hal keduniaan. Gua punya motosikal gua beli pakai betul-betul duit sendiri masa habis SPM di mana kebanyakan rakan-rakan gua sedang berbangga mempunyai motosikal Yamaha LC yang dibeli pakai duit mak ayah.

Gua mulakan perjalanan gua dengan doa menaiki kenderaan tanpa gua tahu maksudnya. Dari kecik, mok gua sangat tekankan soal doa menaiki kenderaan. Dulu, gua tak into mana doa naik kenderaan ni, tapi semenjak gua eksiden sebelum raya dekat selekoh Pengkalan Setar masa gua tingkatan lima dulu, doa naik kenderaan ni gua dah ambik berat sikit. Kalau-kalau gua terlupa masa nak naik, tengah-tengah perjalanan gua pekena doa ni. Gua bukan apa, lengan tu, kalau kena makan dengan jalan tar, boleh tahan jugak dia punya perasaan, berdebar nak jawab dengan mak ayah lagi, nak hendel motor lagi, nak sembahyang jumaat lagi. Tapi masa tu, sembahyang jumaat tu ada jugak rasa macam tak nak pergi.

Gua bawak motor gua dengan penuh berhemah dan tatasusila, jauh nak sama dengan mat rempit. Mat rempit kalau bawak 51, dah jauh benar dari definisi rempit itu sendiri. Gua bukannya apa, motor gua baru sahaja 'potong blok', kata orang 'blok' tak 'masak' lagi. Kalau 'blok' tak 'masak' risiko dia nak 'megang' sangat tinggi. Hal-hal macam ni gua tak boleh bawak main, motor gua dah la jenis pelik, gua ada sebelas ringgit pulak tu. Sebelas ringgit, nak beli satu set sprocket EX5 pun tak cukup.

Gua membawa motor dengan tenang, sekali sekala gua pandang belakang. Bawak motor ni, keutamaan kena bagi dekat kereta kat belakang. Gua ni samseng-samseng jugak, tapi sekali kena landa dengan kereta dari belakang, tak guna jugak jadi samseng kalau kena makan tar.

Sampai dekat Banggol Ciak, sebiji kereta Proton Waja yang berimej pejabat bagi lampu dekat gua. "Plaf, plaf..," dua kali abang kereta Waja tu kasi lampu dekat gua. Hairan jugak gua, sebelum-sebelum ni gua tak penah kenal lagi mana-mana orang yang mempunyai kereta berimej begitu. Gua biarkan sahaja permainan jiwa tersebut berlalu bersama bunyi ekzos motor gua. Perasaan sebegitu sebenarnya tak elok mana nak dibawa semasa membawa motor. Gua kembali tenang.

Tiba-tiba tenang gua bertukar menjadi terkejut dan serba salah. Turun pada bukit selepas rumah Ayah De Mat Tok De Sidek, gua dapati ada roadblock di tepi kebun getah dari pasukan keselamatan kategori polis. Dalam hidup gua selama dua puluh tahun lebih kurang, tak pernah putus cinta, inilah kali pertama ada roadblock dekat situ. Dan di situlah juga perasaan terkejut gua muncul dan seterusnya menjawab persoalan perbuatan abang kereta Waja sebentar tadi.

Gua ni, kutuk-kutuk polis pun, bila bertemu polis secara langsung ada jugak perasaan berdebar. Malah pada ketika itu, perasaan berdebar lah yang paling mendapat tempat di hati gua. Gua jadi serba salah, antara gua nak pergi ke arah roadblock ataupun gua nak patah balik. Perasaan gua nak patah balik lebih tinggi sebenarnya dengan keadaan motor gua yang serba tak lengkap.

Tapi, kalau gua patah balik, rasa tak rokes pun ada, rasa mat rempit pun ada. Mat rempit ni, walaupun dia bertunjangkan makwe dan kelajuan, belum tentu mereka tahu siapa itu Dave Mustaine yang berkata,"Lepas gua kena pecat dari Metallica, semua yang gua ingat, gua nak darah. Kepunyaan budak-budak tu. Gua nak jadi lagi laju dan lagi berat dari budak-budak tu." Memandangkan gua ni rokes, tak nak berprinsipkan rempit, dan mengambil kira kelajuan yang motor gua boleh pergi sekarang kalau gua patah lari, gua majukan jugak motor gua berani tak berani ke arah roadblock dengan penuh tawakkal dan harapan.

Gua pun brek motor gua betul-betul depan abang polis yang nampak muda.

"Dari mano ni?? Dengan side mirror takdok..," tanya beliau dalam dialek Kelantan.

"Err.. Dari kampung.., Pengkalan Berangan..," gua tersengih-sengih.

"Ni roadtax hidup..?" tanya beliau lagi.

"Err.. mapuh doh..," Gua jawab yakin tak yakin. Bukannya gua tak tahu motor gua memang tak ada roadtax, tapi nak menipu tak nak menipu jadi masalah keyakinan gua sekarang.

"Hmm.. Takpo lah..Gi ah..!" kata abang tersebut selamba tak rasa bersalah.

"Terima kasih..," gua memecut perlahan meninggalkan roadblock dengan penuh kehairanan.

Betul lah kata orang. Kalau kita buat benda Allah suka, doa misalnya, kalau Allah nak tolong kita, Dia tolong jugak. Tak kira lah kita ni Rock ke tak rock. Ingat tu..!

19 ulasan:

  1. betol ah..
    bismillah je ok dh..
    dr x bace langsung..

    padahal aku x ingt doa naek kenderaan,sebab tu bace bismillah je..

    BalasPadam
  2. cari la Mat. Lu tak masuk PASTI ke dulu?

    BalasPadam
  3. baik betul "abang" polisi tu..nasib baik!

    BalasPadam
  4. gua rasa polis tu respek sama kejujuran lu lah

    BalasPadam
  5. Anna, Citah, dalam hati siapa tahu?!

    BalasPadam
  6. gua raser abng polis tue rockers jugak la...

    BalasPadam
  7. wakah..kah...lawak jugak cite ni..bila ummi baca dlm nada slamber jadi lawak SEMPOIIII...plak..

    BalasPadam
  8. haha, abang polis tu senanye pelakon kan ? tu die takde kuase nak saman2 orang, HAHA

    jempot lhat blog :D
    aiz batu campur - tips mengelakkan perut buncit, haha

    BalasPadam
  9. Tanpa nama, benda-benda macam tu letak dalam hati la..

    anjungummi,apa pulak lawak? gua serius ni..

    aira,entah!

    BalasPadam
  10. penting doa menaiki kenderaan ni..tapi gua x hafal2 doa ni..tgk je krincing doa tergantung dlm kreta bapak gua..lpas ni gua cuba hafal dan baca tiap2 kali nek kenderaan..
    thnx sang harima!!!!

    BalasPadam
  11. Benda-benda macam ni, tak payah la nak thnx thnx.. belanja gua makan dah la..

    BalasPadam
  12. dok aper laa. ada balasan baek kalu kite buat baek...

    BalasPadam
  13. akan disemat dalam fikiran dan perbuatan

    BalasPadam
  14. Nampaknya ramai yang setuju yang menunggang motosikal tanpa roadtax adalah sesuatu yang baik.. hehe

    BalasPadam
  15. cbe sang harima pki serban, agak2 pak polisi cium x?

    BalasPadam
  16. memang berkat dari Allah ni, terbaik aa sang harima =)

    BalasPadam
  17. sembak. terer mung guna paint.
    jadi lukis moto

    BalasPadam