Ahad, 30 Mei 2010

Eksklusif di Hari Selasa.

Hari Selasa yang lalu, gua kena bertugas sebagai pemandu mok gua ke hospital dekat bandor. Ikut hati, gua nak saja parking dekat hospital seterusnya menonton makwe-makwe. Dan, apa salahnya sesudah menonton, gua tegur sebarang dua. Sebab itu hari gua dah sekali ke hospital, gua ada nampak ramai makwe-makwe. Seorang tu dressing baju sekolah ada gaya cantik, tapi disebabkan masa dan penampilan gua tak mengizinkan, gua hanya mendiamkan diri di atas kerusi kat bucu dinding tunggu mok gua ambik ubat sambil membaca '"Cara-cara mendapat Diabetes".

Ini hari gua dah pakai smart. Gua pekena baju berkolar ada garis-garis kat atas dada. Smart dah tu, jarang-jarang gua pakai macam tu. Pergi sekolah jumpa cikgu pun gua boleh selamba pakai tshirt ada gambar Cal Ripken besar besar pegang kayu besbol kat depan. Pergi kaunter zakat pun lebih kurang begitu jugak gua.

Gua tiba di hospital awal lagi. Rancangan sembang pagi di radio pun baru sahaja berlabuh, namun apakan daya, orang-orang lain sampai lagi awal, dan seterusnya menggagalkan rancangan gua. Jadi gua mengambil langkah drastik meninggalkan mok gua di hospital dan gua berkelana ke tempat yang lebih bandor. Hospital tu dah bandor dah, tapi tak cukup bandor kata orang. Mat- mat rempit jarang benar melepak dekat hospital. Kalau ada pun yang lepak, lepas eksiden. Itu pun dua tiga orang sahaja, yang berdarah dua orang, tukang menghantar seorang. Tapi yang pasti, seorang yang tukang hantar tu, mesti pakai topi bersudu.

Gua memandu sedap-sedap laju mencari-cari surat khabar dekat gerai depan Permai Inn. Tapi setibanya di simpang Permai Inn, gerai surat khabar yang ada jalur merah putih merah putih tu ghaib begitu sahaja. Memang gua tak silap, gerai surat khabar yang ada merah putih merah putih memang wujud di situ. Gua pernah sekali berhenti parking betul-betul depan gerai tu telefon Mubin. Gua ingat mesti tuan kedai tu down bergaul marah, sebab masa tu gua berhenti depan gerai dan berlalu begitu sahaja dengan ekselen tanpa membeli surat khabar. Ini hari, gua ikhlas dan serius nak beli, ghaib pulak gerai tersebut.

Gua jadi gelisah dan hilang punca kerana gua sudah tak tahu nak buat apa lagi jika tak membaca surat khabar. Hendak pergi ke cyber cafe kan, macam tak genster pulak. Dua minit gua kegelisahan di dalam kereta, gua mendapat idea yang nak kata bernas tak bernas jugak. Iyelah, kalau hanya mendapat idea untuk ke Taman Syah Bandar pagi-pagi apalah sangat? Apa benda yang ada kat sana?? Pejuang-pejuang shuffle pun masih lagi kat sekolah kena denda tak siapkan kerja sekolah.

Dalam perjalanan yang penuh berhemah, tiba-tiba hujan turun dengan rintik-rintiknya. Gua menjadi semakin hilang punca. Dalam keadaan yang hilang punca dan sejuk, tanpa disedari gua didatangi perasaan hendak kencing. Dengan pengetahuan gua yang luas dalam bidang pembangunan di Terengganu, gua teringat tentang sebuah tandas eksklusif yang terletak dalam sekitar Taman Syah Bandar itu sendiri. Tandas eksklusif ni bukan calang-calang, masa Kuala Terengganu mengejar cita-cita untuk menjadi bandaraya dulu, cerita Tandas Eksklusif tidak terlepas untuk menjadi bualan akhbar setaraf Harian Metro, iaitu Warta Hadhari.

Gua pun memarkir kereta yang gua pandu betul-betul di bawah billboard jadual perlawanan T-Team. Gua pun mematikan enjin kereta dan gua berlari-lari anak menuju ke Tandas Eksklusif. Dalam perjalanan, kelibat mamat-mamat bertaraf pakcik sedang menikmati tidur di bawah wakaf di taman tersebut. Hati gua juga merasa kasihan dan hairan memikirkan dari manakah pakcik-pakcik ini datang,pagi-pagi lagi dah tidur bawah wakaf?? Gua menggelengkan kepala.

Gua terus menuju ke tandas tersebut dengan wajah yang serius. Kakak yang menjaga kaunter tandas juga serius. Amalan senyum yang dicanangkan untuk warga kaunter amat jauh dari diri kakak tersebut. Gua menjadi sedikit kecewa lalu memberi duit syiling 50 sen sebagai bayaran kepada kakak tersebut. Gua juga serius semasa proses pembayaran tersebut walaupun gua tahu serius-serius di pagi hari ini bukanlah sesuatu yang bagus untuk keamanan sejagat.

Gua melangkah masuk ke tandas dengan kaki kiri. Sejurus gua masuk, aura genster jugak turut berkumpul ke dalam tandas bersama gua. Gua memandang ke kanan, terlihat seorang mamat sedang memilih baju dari beg baju berawarna ungu di atas sinki. Kerana melihat gua, mamat tersebut menjadi ketakutan, mukanya pucat macam orang sedang lemas sungai. Dia mengundurkan dirinya ke belakang hingga badannya terpelosok ke dinding. Dengan mukanya yang masih pucat, dia menggelengkan kepala bersama tangannya pada paras dada sambil kening matanya senget ke bawah memandang gua. Badannya menggigil-gigil, manakala mulutnya juga menggigil-gigil. Gua hanya tunduk tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Gua pulak memandang ke kiri. Celaka, sinki jugak lagi. Gua meneruskan perjalanan gua selari dengan niat asal gua. Gua kena cari tandas, yang betul-betul tandas. Kalau setakat sinki, apa la sangat gua boleh buat? Dalam dua langkah setengah perjalanan, barulah gua menjumpai dua bilik khas yang gua kira menempatkan tandas yang gua cari selama ini. Perasaan gua menjadi sedikit lega bercampur takut kerana setahu gua, di sinilah tempat lepaknya syaitan pelbagai pangkat. Syaitan yang berpangkat lebih besar mesti membuli syaitan yang berpangkat lebih kecil untuk mengurut-ngurut belakang. Manakala Syaitan yang bengap sikit pasti kena kutuk dengan rakan syaitan yang lain. Memikirakan keadaan yang dasyat ini, gua menjadi gusar.

Jadinya, sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum melangkah ke bilik tersebut, gua membaca sepotong doa masuk tandas. Sebagai bekas graduan PASTI Al-Insyirah Bukit Kulim, doa masuk tandas bukanlah menjadi suatu masalah buat gua. Selesai membaca doa, gua melihat berduyun syaitan-syaitan bertempiaran lari keluar dari bilik tersebut. Muka masing-masing menjadi buruk sekali. Ada jugak syaitan yang tempang berlari di tempat yang paling akhir. Gua sekali lagi tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Gua pun melangkah masuk dimulai dengan kaki kiri David Villa gua.

"Babi lu eksklusif..!!"

9 ulasan:

  1. haha..
    memang keras ayat terakhir..
    patut MB dengar bahagian ni je..
    baru tau tahap mane eksklusif tu..
    haha..

    BalasPadam
  2. sila senyumkn akak ithu!

    BalasPadam
  3. keunggulan duniawi berhalang-halangan!!!

    BalasPadam
  4. Hahah... Eksklusif la tue... Sebab ko yang masuk tandas tue dengan pakaian ala staf ofis pangkat manager~ Hehe

    BalasPadam
  5. Mat, MB tak baca la blog gua..

    Macam mana tu Jantan??

    Amenda lu ni Harun..?? sarkastik betul la lu ni..

    Bukanla Redz Da Tsar, gua pakai baju tshirt berkolar je, bukan kemeja..

    BalasPadam
  6. pakcik jual surat khabar tu merajuk kot...bek gi pujuk pakcik tu cepat...emm beli la news paper tu sedozen ke...=)weiyuuu

    BalasPadam
  7. tu jam lu terajang sekali la setan tu baru ngam

    BalasPadam
  8. Sebenarnya, di lubuk hati gua, gua kasihan jugak tengok muka setan tu buruk sekali kena ngan doa. Tu yang gua tak sampai hati nak terajang tu..

    BalasPadam