Solat kat masjid ni dengan solat kat masjid Kampung Barat sama je, cuma masjid ni lebih sebab ada aircond keluar ikut kaki.
Sebelum mandi Maghrib, gua seperti biasa melayan kipas meja terlebih dahulu untuk belakang gua. Kata orang, badan berpeluh kalau layan dekat air, mudah kena panau. Memandangkan peluh gua tidak berpeluh mana, tubuh gua menjadi stabil dengan sederhana pantas untuk dilayan air. Semasa tubuh gua telah stabil, gua dapati speaker dekat masjid tidak mengeluarkan apa-apa tanda yang orang tengah sembahyang. Selalu-selalu, gua akan berkebetulan masa setting untuk mandi, mesti orang dah habis sembahyang dekat masjid. Kebetulan..
Ini peluang baik buat gua. Dengan kemahiran mandi gua, gua yakin yang gua boleh pekena Maghrib dekat masjid, ini waktu. Lagipun, apa salahnya gua pekena Maghrib kat masjid ini hari. Semenjak gua berkecimpung dalam arena bola sepak ni secara serius, jarang benar gua pekena masjid masa Maghrib. Padahal, sebelum gua aktif dalam kancah arena ini, gua juga jarang ke masjid. Maksud gua, jarang tu, adalah jarang yang paling cikai, lebih kepada tidak pernah sebenarnya.
Selesai mandi, gua masih lagi boleh tersenyum. Speaker masjid belum lagi berbunyi. "Heh, dah la gua pekena masjid, 3 rakaat cukup pula tu!". Bisik hati gua yakin dan gembira. Syaitan dekat tepi gua dah gelabah tak tentu hala.Mentah lagi gua rasa, kena belajar banyak lagi dengan senior-senior.
Gua pun mencapai kunci motor abang gua, kemudian gua memecut laju ke masjid, mencapai 43 km sejam. Semasa gua turun dari motor, gua usya-usya dalam masjid. Gua nampak menantu Pakcik Sor entah nama apa tengah layan tiang masjid. Hairan jugak gua, kenapa solat tak start lagi? Tak apalah, benda-benda macam ni kalau Allah nak bagi gua pahala penuh, apa salahnya.
Gua pun melangkah setapak lagi ke hadapan. Tiba-tiba, hati gua menjadi luluh seluluh-luluhnya, tepat dengan lagu Ziana Zain. Boleh jadi, lebih lagi dari lagu tu. Sebab, gua dengar, orang telah berwirid.
Gua pun bergegas ke motor abang gua dan memecut pulang ke rumah. Hati gua tak habis-habis mengungkap kata yang tidak senang, "Gampang!! Apa pasal hari ni tak pakai mic?? Benda kecil macam ni pun tak boleh nak konsisten. Macam mana Islam nak menang??!"
Syaitan mengekek-ngekek sebelah gua. Celaka!
dalam maksud ayat belakang tu..
BalasPadamKEBETULAN mic x menjadi semalam..
try laa tanye tok imam..hehe
Ha ah kan?? kebetulan.. tu pasal masa azan Magrib, dia menjadi, lepas tu tak jadi, masa azan Isyak dia jadi balik.
BalasPadamat least dah dapat pahala niat nak pergi solat berjemaah di masjid.lain kali setting time mandi awal skit ya :)
BalasPadamkesimpulannya, mu smyg kat sejid or umah??
BalasPadamrumah!!
BalasPadam