Isnin, 12 April 2010

Debut pertama

K. Gurusamy, dikatakan seorang yang gigih, rajin, kuat stamina dan sangat menggemari karya batik.

Setelah tiga minggu gua duduk di rumah membuat mak gua berleter, gua pun ditawarkan untuk bekerja. “Jemur-jemur kain pun dok. Tidur je! Dah la rambut panjang!”. Marah mak gua. Gua tidak melawan. Mak gua dah le garang, ada syurga pulak tu kat tapak kaki.

Sesuai dengan kelulusan gua, gua diterima bekerja sebagai pekerja bawahan dalam projek membuat pagar kelapa sawit. Projek ini telah lama berjalan terbengkalai berjalan terbengkalai, tetapi dalam dua tiga hari ini, baru ia rancak kembali. Oleh itu bermulalah kehidupan gua dalam industri pembuatan pagar.
Gua punya kerja sempoi sahaja, tiada punch card dan tiada pencarum KWSP. Malah, amalan rasuah agak mustahil untuk gua lakukan dalam industri ini. Bos gua pulak ringkas sahaja. Tiada la nak pakai kemeja bertali leher ataupun kasut cap buaya untuk pergi bekerja. Kebetulan pula, bos gua, yang mesra dipanggil Pak Teh Ali oleh penduduk setempat, merupakan bapa gua. Sebelum gua masuk kerja lagi, gua dah dapat tiga ratus untuk buat bayar motor. Sehubungan dengan itu, kemasukan kerja gua secara tidak langsung telah terlewat selama tiga hari.

Sebagai hari pertama, gua ditugaskan untuk menguruskan bahagian pengangkutan kayu ‘reja’ ke tapak projek. Kecederaan di tangan kiri gua semasa bermain bola sepak pada semalamnya, dan kecederaan di bahu kiri juga semasa bermain bola sepak pada semalam punya semalamnya tidak langsung membantu gua untuk tidak datang bekerja. Malah kecederaan ini telah banyak menyukarkan gua dalam kerja-kerja pengangkutan yang menggunakan 99.8% tenaga manusia tidak termasuk dari aspek pemakaian. 0.2% lagi dibantu oleh dua urat tali sepanjang tangan hingga ke siku.

Jarak perjalanan pulak memakan kira-kira tiga setengah padang bola. Itu kalau nak diikutkan padang bola untuk pemain bola sepak yang main makan gaji, tapi tendang bola ke langit dan tahan bola sebatu lari dari kaki. Kalau nak dibandingkan dengan padang bola sepak main gol pakai tiang buluh tak pakai kasut selipar, mau kat lapan padang bola. Tapi kalau main pakai gol selipar macam kat IPT gua dulu, boleh jadi 26 bidang padang bola. Jadi, tuan puan boleh la mengagak sendiri jarak perjalanan tersebut kerana tidak terfikir pulak gua nak bawak pembaris unutk mengukur jarak semasa bekerja.

Dari aspek cuaca, keadaan matahari yang terik banyak membantu gua dalam mengenalpasti yang mana kayu dan yang mana bukan kayu serta mengenal pasti jalan yang sesuai untuk dilalui supaya tidak terpelehok ke dalam parit yang kedalaman airnya kira-kira paras lutut. Malah, keadaan matahari lebih banyak membantu gua meningkatkan kadar dehidrasi dalam badan, kadar keluaran peluh, kadar dahaga dan kadar nak makan orang. Gua ingat kalau ada dua orang bergaduh pasal batu ‘peranggang’ depan gua, gua pakai ‘kekah’ je dua-dua orang tu. Tapi ikut keadaan la, kalau dua-dua badan besar Big Show, gua boleh je buat tak tahu angkat-angkat kayu.

Sebagai debut pertama, gua masuk pukul 10.00 pagi, dan balik tidur pukul 11.30 pagi.

Okeylah tu, gua ingat brader Gurusamy pun tak pernah buat kerja macam gua.

3 ulasan:

  1. takpe belajar dari kesusahan..boleh kasi lu menjadi org bijak..pasni ada rezeki ada kerja lain

    BalasPadam
  2. memang xder rasuah
    tapi gaji buta ada la
    mcm mane marang nk maju 2015

    BalasPadam
  3. mmg trbaek rr sang..
    lngkah prtama kearah marang maju 2015..

    BalasPadam