Selasa, 27 April 2010

Satu Haribulan

Gua memulas-mulas plug motor gua menggunakan spanar dengan kaedah pusingan yang tepat. Masuk ni, dah tiga saiz spanar plug gua cuba, nasib baik yang ketiga ni padan. Kalau tak, susah pulak gua nak pergi Ajil. Ajil dah la jauh, tempat asing, ada tahi lembu pulak tu kat tengah jalan.

“ Tengok, saiz menda..?” sound abang gua memakai jersi England.
Gua dengan sopan menunjukkan plug tersebut.

“ Oo.., saiz BP4...”. Tangan besar abang gua memusing-musing plug tersebut sambil matanya tertumpu kepada huruf dan nombor yang tertera pada badan plug.

“ Hmm.. mapuh a ni. Bau tuti ni..,” abang gua pulak meletakkan kepala plug tersebut mendekati hidungnya. Gua masih lagi diam. Tengok kepada keadaan plug, gua dah faham penyakit motor gua. Cuma, saiznya sahaja gua tak pasti.

“ Ade dok kedai, saiz ni..?” gua memberi soalan. Abang gua lebih tua dari gua, maknanya dia lebih arif tentang kedai-kedai di Kampung gua. Kedai Tok Pendekar misalnya, abang gua dulu tahu ada air laici gelas 20sen, kemudian sedikit barulah gua tahu. Itupun selepas abang gua mula-mula berani bawak motor ke Pengkalan Berangan.

“ Kedai Mok Teh Nong, takdok. Kedai Cik Hem mungkin ade..” Abang gua membalas tenang.

Di sudut lain, gua melihat Amir Nani menunggang motosikal Lagendanya perlahan semakin perlahan menuju ke rumah gua yang beralamat B32 Kampung Barat. Matanya kelihatan begitu redup.

“Doh ni, gene pagor tutup ni..?!” Amir Nani yang mesra dipanggil Amir memberhentikan motornya di depan pintu pagar rumah gua. Tangannya masih memegang hendal.

“Lembu..!” gua yang ketika itu berkain tuala sound dengan begitu padu dari garaj motor dan kereta.

Abang gua sambung, “ Mung dok tengok lembu o’o..?! Buka a..!”

Amir masih berdegil tidak mahu membuka sendiri pintu pagar tersebut. Hal ini menyebabkan gua memecah panas tengah hari menuju ke pintu pagar. Gua menguak sedikit pintu pagar. Amir pun masuk perlahan bersama motosikal. Gua hanya meninggalkan pintu pagar tersebut terkuak.

“ Mapuh a ni, Amir owk..?” Sambil di tangannya ada plug, abang gua bermain soalan dengan Amir seraya Amir menungkatkan motor beliau.

“Mapuh oo tu.. “ Amir menjawab dengan kaki melangkah sopan ke arah motor gua. Rambutnya kelihatan semakin membotak biarpun umurnya masih lagi tak sesuai. Abang gua mula perasan.

“Oooh, botok doh mung Mir belakang ni!” tangan abang gua menyentuh belakang kepala Amir. Amir juga turut begitu. Gua hanya diam memerhati tenang gelagat mereka berdua. Gua juga sekali lagi memerhatikan plug.

“ Ni, kalu sapu pakai kain tuala saje jadi owk..?” gua memberi soalan umum. Walaupun soalannya agak dangkal, Amir tetap menjawab sambil memberi nasihat orang muda, “Beli je hok baru, mung beli lebih dakpe. Plug ni mung jangan main, kalu mapuh tengoh jalan, ‘ghohok’ a..”

Abang gua, yang bernama Fairus dan dipanggil Mugen tiba-tiba membuat satu kenyataan yang lari dari subjek asal. “ Mir, se haribulan ni aku kerja. Mung hendel a tanding wau o’o..” Matanya redup memandang Amir yang berdiri di sebelah tiang garaj. Jari jemarinya sedang sibuk bermain telefon di tangan. Sekali sekala kedengaran lagu Wali Band dari telefon tersebut.

Gua tersentak mendengar kenyataan tersebut. Gua tidak semena-mena jadi down. Gua merenung dalam hingga ke dalam kalbu seorang rokes, “ Kalaulah gua seorang yang kaya dan mempunyai kereta sendiri. Tentu mudah untuk ke Bukit Kiara satu haribulan nanti..”

5 ulasan:

  1. mung dah dapat kumpul angkatan tong2 minyak belom? aku dok tahu lah. rasa nok gi. tapi, duit dalam wallet cam tak cukup je.

    BalasPadam
  2. Abang gua tak pergi la gua jadi serba resah ni. Gua mana ada duit nak isi mnyk keta. Angkatan tu pun belum konfem lagi. Hari semakin dekat, jiwa semakin bergoncang..

    BalasPadam
  3. haha...truskan prjuangan anda...

    BalasPadam
  4. mg g ke sang??
    mg mmg trbaek rr..

    BalasPadam