Jumaat, 29 Januari 2010

Nampak gaya macam gengster, tapi pakai kasut Power, Ceh!

"Roy, roy.. Hati kau keras. Selalu bantu orang lain..," kedengaran telefon pintar gua menyanyi lagu klasik ku jejak awan yang berliku dari dalam poket gua. Kiraan gua, itu adalah panggilan pensyarah gua. Sebab, kalau diikutkan kronologi, sebelum perjalanan gua ke bilik mencari tandas, gua sempat teks pensyarah gua. Gua cakap, kalau beliau free, gua nak jumpa nak sembang sikit pasal pelajaran. Apa gila gua nak jumpa sebab nak bincang pasal Serena Williams, tak universiti langsung. Gua pun mengada jugak, kelas pagi tak pergi tapi nak pergi jumpa pensyarah lain.

Gua seluk poket seraya mengangkat gua punya telefon pintar. Tangan gua membentuk bulan sabit menutup bahagian atas menjelmakan sedikit bayang-bayang kat cermin telefon pintar gua, nak kasi senang tengok nombor siapa yang tertera. Matahari masa tengah hari memang mengganggu sedikit dalam bab nak tengok screen telefon.

"Private number?" hati gua bermonolog. Pensyarah gua ke ni? Stail jugak beliau. Iras-iras kumpulan kongsi gelap pun ada kalau tulis private-private ni. Gua letak telefon pintar gua kat telinga belah kiri. Internet cakap, cakap telefon guna telinga kiri lebih elok.

"Hello," sah bukan pensyarah gua. Tak mungkin suara pensyarah gua bertukar jadi suara lelaki. Stail Indon pulak tu.

"Encik, saya dari Kumpulan Pawerut Marketing memilih nombor telefon encik sebagai bertuah memenangi seploh ribu ringgit..," gua saspek ni memang Indon. Jelas sangat macam Indon. Tapi tak tau la kalau mamat tu saja je buat-buat Indon sebab nak ikut idola beliau Ashraf Sinklair.

"Encik, jadi kami nak tau akaun encik. Encik ada akaun yang hidup tak?" Sambung beliau lagi.

"Takde," giliran gua menjawab.

"Habis tu, bagaimana kami nak bank in kan duit ni encik? Akaun kawan ada?" tanya beliau lagi.

" Takpe la cik, kasi sedekah kat anak yatim je la.." gua jawab tenang. Dengan perasaan yang sungguh lega kerana dapat membantu orang yang memerlukan, gua menuju ke atas mencari tandas. Gua dengar takde air. Celaka!

Agak-agak, benda yang gua buat tu boleh kawtim tak akhirat besok besok?

8 ulasan:

  1. hahaha..

    Insyallah kat sana benda kecik lubang jarum pun kira

    BalasPadam
  2. tu laa..
    smue mnde xkire besar mane,ttp dikire..
    yg ckap suh derma kt anak yatim pon termasuk skali..hihi

    BalasPadam
  3. sang harima lg gengster..

    mmbuat skil lpat ktika hendak mmbuat g0l..

    tp tdak g0l..

    sayang...

    BalasPadam
  4. kalu aku bro, terus letak! kdg2 kite bole kena pukau even dr hp.

    BalasPadam
  5. xpe2.. Kalau ada air sembahyang x kena nye pukau insyaAllah..

    hehehe..

    BalasPadam
  6. wah... sang harima..

    nice 1... harap-harap duit yang mahal tu benar-benar diberi kepada anak2 yatim la eh..

    BalasPadam