Rabu, 23 Disember 2009

Hold my breath as I wish for death.., please god wake me

Semalam, hati gua sungguh tenang. Walaupun gua kena hadapi dua peperiksaan pagi dan malam, hati gua cukup tenang semalam. Cuma masa nak pergi ke kelas biologi pukul dua petang je gua jadi gopoh sikit sebanyak. Sebab masa pukul 2.02 petang gua masih lagi duduk meratah kerang pakai kain pelikat. Gila masyuk dia punya sedap lauk kerang masak sambal kerang sampai gua hirup sekali kulit kerang tak berkhasiat. Lepas makan nasi sebekas polisterin lauk kerang masak sambal kerang, nak pulak gua pekena nasi lauk sambal kerang sekali lagi. Masa tu je gua gopoh sikit. Pergi kelas, tangan bau kerang. Cilakak!

Entah kenapa hati gua cukup tenang. Mungkin sebab cuti minggu lepas banyak sangat kot gua baca buku, mengatasi masa keluar malam pekena mi sup kedai Pak Mat. Walaupun nampak sedikit tak rokes, nak buat macam mana. Gua budak IPT, bukan ahli muzik ataupun ahli Sehati Berdansa nak rokes banyak-banyak sampai tak baca buku!

Dah lama benar gua tak rasa begini, gua ingat paling last gua rasa begini masa nak periksa percubaan subjek sejarah masa gua tingkatan lima. Pertama kali dalam hidup gua, gua pekena bangun pukul tiga pagi nak baca buku. Padahal sebelum-sebelum tu, cikgu suruh baca dalam kelas pun berat-berat. Ini semua angkara kes soalan bocor.

Gua ingat lagi, masa tu soalan Sejarah dah bocor. Kertas soalan betul-betul punya entah dari mana la member-member gua dapat. Kulit depan kertas soalan, memang sebijik dengan tajuk peperiksaan percubaan negeri gua.Tu yang gua semangat lain macam lagi. Masa tu, member bilik gua Yusop memang takde masalah nak kejut gua. Yusop memang selalu bangun pagi-pagi baca buku, lagipun beliau bukan rokes sangat, tu yang takde masalah tu nak bangun baca buku. Gua takde masa la nak layan ini semua. Yusop ni pun, kuat-kuat baca buku masa sekolah dulu pun, bukan terus keluar sekolah dapat kerja. Kena belajar jugak. Siap kena pergi Perancis lagi. Kan susah..! Nak belajar bahasa pelik lagi, nak pukul gambar buat passport lagi, nak beli beg baju ada tayar lagi. Kata orang, naik kapal terbang ni, tak stailo kalau bawak beg baju galas-galas ni. Nak-nak kalau cap kucing garfield!

Masa tu, gua khatam habis apa-apa jawapan yang patut. Dua tiga kali jugak gua baca benda serupa. Payah gila nak kasik ingat benda-benda sejarah. Nasib baik dapat jugak. Masa sebelum periksa Sejarah tu, tenang gila gua. Masa jawab tu, takyah kira la, tak payah pandang kanan kiri pun dapat jawab jugak. Keputusannya, gua dapat A untuk Sejarah. Peperiksaan sekali lagi, percubaan SPM kedua, takde soalan bocor, gua dapat empat markah je atas sikit dari lulus. Gampang!

Tu la paling last gua rasa tenang macam semalam. Disebabkan ketenangan ini, rasa nak pulak menulis. Lama benar gua tak menulis blog semenjak gua jadi kuat sikit membaca ni.

Gua nak tulis ni je, tajuk yang kat atas tu, bukan gua reka sendiri. Gua rembat dari lagu Metallica je. Gua buat karangan Bahasa England pun, terbalik kot sekali. Nak letak ke taknak letak is pun gua tak tahu. Inikan pulak nak buat ayat gua perkataan ada death death ni...

p/s- ni gua saje tulis je ni, nak lepas gian tulis blog. Sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester.


2 ulasan: