Ahad, 27 Disember 2009

Pening Malaya

Hujung minggu ni mak gua turun Kolumpo. Gua ingat mak gua turun saje-saje je kot ikut abang gua lawat sedara sedara kat Kolumpo. Tak munasabah pulak mak gua turun Kolumpo nak tengok bangfes huha-huha kat Bukit Jalil semalam, M. Nasir pun entah mak gua kenal ke tidak.

Sebab gua baru je habis peperiksaan pertengahan sem gua petang tadi, gua bertandang ke UK untuk melawat mak gua kat rumah kakak gua dekat UK Perdana. Alang-alang gua duduk Petaling Jaya, tak manis pulak kalau tak melawat langsung mak gua. Lagipun, gua pergi naik LRT, bukan jalan kaki. Kerja mudah, bayar duit tiket, tunggu LRT, tunggu pintu LRT bukak, masuk LRT, lepas tu bersandar mengadap makwe.

Lepas mak gua dengan abang gua balik Terengganu, kakak gua baru pulang dari Vietnam, gua pulang balik Petaling Jaya sambil pegang baju 'Good morning Vietnam' dengan abang gua yang duduk kat Rawang naik kereta Malaysia. Ini semua jurutera kereta Malaysia punya pasal, buat kereta pakai kaki. Suspension pakai spring kasut. Gua naik kereta rasa macam naik kuda funfair. Cinabeng!

Campur pulak jalan kat Malaysia macam cibai. kualiti takde stenderd. Buat jalan lebih sagu dari tar. Sikit-sikit rasa melompat, sikit-sikit rasa melompat. Lubang bersepah-sepah kat tengah jalan. Kadang-kadang rasa macam duduk atas kerusi kereta, kadang-kadang rasa macam duduk tengah mesin kelapa. Dengar lagu Cinta Pantai Merdeka pun takde semangat nak sambung.

Budak-budak Malaysia dengan warga-warga tuanya sekali, bawak kereta macam tak layak langsung Malaysia ada litar kat Sepang. Macam mana boleh wujud cerita Impak Maksima dengan cerita lumba kereta anak Yusop Haslam pun gua tak tahu. Bawak kereta macam bawak kereta. Ada lorong belah kiri, pakai jugak belah kanan bawak 60. Eksiden atas jalan lurus dekat jalan seberang sana, orang lorong seberang sini nak jugak perlahan kereta tengok nombor plet. Orang seberang sana jem, orang seberang sini nak jugak jem. Cibai!

kesudahannya, gua pening rasa nak muntah dengan badan mandi sekali je pagi tadi sebelum pergi amik peperiksaan. Tidur tak boleh. Bangfes betu la..

*Ni cerita gua je ni. Yang terasa, jangan panas hati pulak. Lepas tu, jangan berubah, stay dengan apa yang kita buat. Kalau berubah, tak Malaysia la brader...

8 ulasan:

  1. Hehe... Lu kena tengok jalan kat India beb... 30 kali gand alagi lahanat dari jalan kat malaya... Elok-elok baru buat jalan, 2 bulan pastu dah ranap...

    Belum campur kecelakaan bas dengan lori lagi.. Lu pernah rasa terbang sebab eksiden kat malaya? Gua dah ras akat India... mujur umur panjang... hehe

    Tapi gua tetap rasa sakit jiwa kalau jalan kat malaya teruk, sebab jalan kat malaya dinobatkan sebagai antara jalan tar yang terbaik kat dunia...

    Bila jalan yang terbaik, maka pecutan pun terbaik la... Jadi la kes tido mas abawak bas... haha...

    BalasPadam
  2. patot laa aku tngk ade baju good morning vietnam dlm blik..
    haha

    BalasPadam
  3. ha tu kena selam dalam apsal jadi macam tu... buat jalan 'tak kosong'
    buat kereta 'tak kosong'
    dapat lesen 'tak kosong'

    semua ada kopi...

    BalasPadam
  4. sang harima malaya,

    terasa mengenali.=)

    BalasPadam
  5. Tsar, India memang tak best.. tim bola tak kuat..

    Mat Jaya, pergi a skali vietnam. Kakak gua cakap makwe cantik2.. mcm org vietnam..

    Cg Firol. hahaha.. ABC ngan goreng pisang pun bleh gak..

    Zuhaiza, knal..? jmpa dlm mimpi kot..

    BalasPadam
  6. hebat...
    tuskan mnulis bl0g...

    BalasPadam
  7. masuk LRT, lepas tu bersandar mengadap makwe..

    Hmm kat KL kekadang kena usha2 skit. kadang2 bukan makwe, tapi makwe jadian. haha

    BalasPadam