Isnin, 7 Disember 2009

Atlit.

Petang semalam, gua sembahyang Asar awal-awal lengkap dengan berpakaian macam nak main bola petang-petang, cuma seluar je seluar trek yang kadang-kadang gua buat tidur kadang-kadang gua buat sembahyang. Habis sembahyang dan doa lebih kurang (tak sempat dah gua nak doa Malaysia menang lawan Vietnam, dah kalah dah 3-1), gua terus cari-cari stokin yang sesuai untuk gua pakai dengan kasut sukan Lotto. Asal-asal, nak je gua capai stokin yang gua buat pakai main hari-hari tak pernah basuh. Tapi, bila gua tengok stokin tu lebih kepada warna tanah daripada warna putih asal, gua tak jadi nak capai. Malu jugak gua kalau nanti makwe-makwe tengok. Tak pasal-pasal kang nanti pihak makwe cakap gua ni jenis muka je hensem tapi perangai stokin tak basuh. Jadi, gua ambil keputusan drastik untuk sauk je stokin yang gua pakai ke kelas hari-hari. Tentang apa stokin nak pakai besok hari ke kelas, nanti-nanti la gua fikir. Kalau ada stokin spare, gua pakai stokin spare. Kalau takde, apa salah pakai balik stokin tu.

Gua berjalan penuh megah ke tempat kejohanan lari-lari pusing sekitar Petaling Jaya. Harapan gua, ada la nasik yang dijanjikan. Gua dah bayar nak masuk kejohanan taraf budak-budak sekolah ni pun semata-mata nak makan. Kalau gua pergi takde makanan, gua nak mintak balik duit tiga ringgit, lepas tu naik atas bilik balik tukar kasut bola.

Sampai kat tempat kejohanan, gua nampak macam-macam gaya orang nak menang. Ada yang pakai jersi bola kelab-kelab ternama, ada yang streching maut kaki atas kepala. Ada jugak yang berlari-lari setempat yang buat gua heran. Padahal nanti pun dia nak berlari jugak. Dasar jenis tak reti nak sabar-sabar. Ada jugak yang buat rambut stail Watson Nyambek. Gua mesti la rilek-rilek je duduk perhati makwe-makwe buat gaya panas badan pelik-pelik. Ada pulak gua nampak menari-nari kat tengah padang. Huh!

Gua mula dengan larian macam nak main-main kejar dengan anak sedara gua. Orang kat depan, masya Allah dia punya laju nak menang tak nak kongsi-kongsi hadiah medal pasar malam. Gua maintain je berlari macam main-main kejar anak sedara. Kalau ada kamera, gua buat-buat muka gagah hensem. Celaka, gila dia punya jauh trek larian! Naik lenguh gua. Jalan kaki rilek-rilek pun gua tak pernah sejauh ni, ni gua nak lari tak berhenti-henti. Gua pun, sekejap-sekejap berlari, sekejap berjalan pegang pinggang. Sekejap-sekejap berlari, sekejap usha amoi Petaling Jaya. Dia punya dressing masya Allah, dia punya seluar pendek yang lagi kecik dari boxer gua. Cilakak! Kalau gua jadi Jaha dalam cerita Budak Kelantan ni, gua serkup jugak kepala amoi tu bawak masuk dalam kereta.

Berlari-berlari, berjalan-berjalan, usha amoi usha amoi, naik letih jugak gua. Dalam hati nak je gua berhenti tunggu van ambik hantar balik gua ke tempat penamat. Tiba-tiba gua tengok tepi ada makwe yang tengah jaga jalan. Terus je gua berlari sungguh-sungguh kasi nampak laju depan makwe. Bila gua jauh sikit dan makwe tu macam dah tak boleh nak tengok gua, gua berhenti balik. Celaka!

Gua sambung lari-lari sikit, jalan-jalan sikit akhirnya sampai jugak gua kat tempat penamat. Makwe yang jaga tempat penamat tanya gua, " Nama apa..?". Gua lenguh-lenguh jawab kasi nama dalam gua punya ic. " Nombor sepuluh. Eh, silap-silap, nombor sembilan..," ucap makwe tu balik. "Celaka, dapat nombor sembilan je..!," bilang gua kuat-kuat macam tak puas hati tanpa ada rasa nak bersyukur. Semua orang sekeliling pandang gua pelik-pelik.

Gua pun serta-merta blah dari tempat penamat untuk cari kalau ada air-air manis berwarna. Gua tengok, ada air sirap. Alhamdulillah...

P/s- Member gua sejak zaman sekolah menengah, Syukri AR dapat nombor satu. Cilakak! Dua lagi member gua zaman sekolah, Apih Nipon dan Gebeng serta seorang lagi member IPT gua, Seli, masing-masing buat penat berlari je, tak dapat nombor. Dalam ramai-ramai, gua je yang paling hensem. Huh!

P/s/s- Nasik yang dijanjikan takde, dan hanya digantikan dengan bihun goreng je. Celaka!

13 ulasan:

  1. nasib baik gua tak pergi..
    sebab dalam ramai2 lu yang paling hensem..

    BalasPadam
  2. Hehe... Kalo ko gune stokin lumpur tue, komfem luck baik punye... hehe

    BalasPadam
  3. biasa ler tu...
    tak mihun...
    mee goreng..

    BalasPadam
  4. wah3. gila kentang dapat nombor 9.
    memang stailo la sembak.

    BalasPadam
  5. Jo,
    kalau lu dtg pun bkn bleh dapat pun gua.. kahkahkah..

    Redz,
    Btul ke..? next time a gua try..

    Ries dan cg Firol,
    hahaha.. btul2..

    Ikman,
    weh, slama ni lu x prasan ke gua hebat..?

    BalasPadam
  6. kihkih..seb bek kasi mihun..kalo bg air sirap je ngan kuih karipap sebiji??

    BalasPadam
  7. ko nsem ke? jom bkenalan?? gay sungguh..ahahaha

    pakcik mmg ske bkenalan dgn org2 nsem.. sbb pakcik nsem..lalala

    BalasPadam
  8. salam.tumpang sepah laman umah.

    carala bro ko dapat no 9.dari aku x penah lalu trek.lg tewok kan??? ahahaha...

    BalasPadam
  9. lalu2 kt blog ni.. hee.. :P
    okie r tu ley no 9.. top 10 woo.. hee..
    minum air sirap time2 pnat mmg bez!

    BalasPadam
  10. misdiya, kalau dia bagi karipap sebijik, mengamuk la gua bkar kerusi..hehehe

    fahim alim, berkenalan tu gay ke..?

    cik paten ngan lucy, terima kaseh, minum sirap best, tapi minum bandung lagi best..

    BalasPadam
  11. malam ni kul 8 malaysia lwn laos lu kasi doa banyak 2 ar.................live at tv 2

    BalasPadam