Khamis, 3 Disember 2009

Celaka, Bahasa England!

Prestasi gua pada sem lepas dikritik hebat oleh kakak gua yang kerjanya sebagai kaunselor kat pusat matrik kat Gambang (bukan gampang), Kuantan. Bak kata Faizal Tahir, “ Walaupun saya seperti rock, saya juga ada jiwa perasaan..” , begitu jugak gua. Tempias daripada kritikan itu membuatkan gua terasa ingin berubah. Berubah daripada seorang biasa-biasa dapat result gampang kepada golongan yang lebih intelek yang asyik nak berlagak tunjuk hebat. Gua mahu jadi antara golongan mereka, malu jadi orang yang kongsi-kongsi air manis berwarna.

Jadi pada sem ini, gua nekad nak berubah. Gua dah rancang pelbagai perkara yang boleh mengangkat gua jadi seorang legend. Pada permulaan rancangan yang bakal berjaya gua kira, gua dah trim baik-baik rambut gua yang hampir-hampir kepada rambut Man Kidal kepada rambut macam mamat-mamat nak interview jadi askar. Gua nak Nampak kemas sikit, biar orang tak tengok pelik dan marah-marah.

Gua dah rancang, yang gua taknak lagi jadikan buku-buku belajar sebagai beban untuk balik kampong sahaja. Gua inginkan mereka jadi sahabat baik gua setaraf dengan Muben yang meletakkan gua sebagai striker dalam pasukan impian dia dalam fesbuk. Kalau boleh, gua nak pekena basuh kaki sebelum tidur pun bertemankan buku.

Pada sebelah petang, gua taknak lagi main bola sepak macam orang-orang biasa. Gua nak ubah gaya permainan ayam macam Tengku Hazman kepada gaya seperti Zinadine Zidane yang bertaraf lagenda tak main bola sepak pakai tangan. Gua dah mula passing bola bergaya bergaya. Gua dah nak mula sumbat gol banyak-banyak.

Banyak lagi gua rancang. Sembahyang Subuh takyah qadhar, bab pergi kelas awal-awal, siapkan tutorial sendiri-sendiri, jawab quiz taknak pandang orang kat tepi, sekodeng makwe-makwe secara berhati-hati serta pelbagai lagi aspek yang telah gua kaji. Tapi malangnya, gua rasa malas nak tulis.

Harapan gua, perancangan teratur lurus dan rapi bak rambut Nur Kaseh akan mengangkat gua menjadi seorang lagenda yang gah setaraf seperti Saidina Umar, ataupun Umar Abdul Aziz, Khalid al Walid, seperti Alexander the great atau seperti Galeo Galillei, Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso, atau seperti Pacquiao, Pele, Oprah, Yusop Haslam, seperti Amy Search, atau setidak-tidaknya seperti Halim Napi atau Anita Sarawak.

Tapi, harapan gua musnah. Perancangan yang tersusun seperti strategi Sultan Mehmed al-Fateh untuk menawan Kota Konstatinopel sehinggakan kedalaman air kat tepi kota tu pun beliau nak kira, ataupun tersusun kemas bak strategi Jose Mourinho yang membuat Porto bawak pulang piala Liga Juara-juara ke Portugal, lepas tu cakap besar, tidak menjadi. Perancangan gua sedikit tersasar. Celaka Bahasa England!

*******

Pagi tadi gua bangun awal. Pukul 5.43. Gua bangun meninggalkan rasa sedap tidur dalam selimut hujan-hujan, gua hold mimpi dengan kak Rozita Cek Wan. Lepas sembahyang Subuh, lepas doa lebih kurang mintak mak bapak gua selamat, gua berjaya dalam belajar, serta jauh dari neraka, (…err…, gua lupa nak mintak Malaysia masuk Piala dunia ngan pingat emas Sukan Sea..), gua terus menyiapkan kerja research untuk projek subjek Bahasa England yang kena hantar hari Rabu tapi hari ni gua masih tengah sibuk cari bahan, melupakan perancangan rapi gua sampai gua lewat ke kelas.

Kerja research tak siap jugak. Celaka, Bahasa England!




Tajuk research gua, "When Darth Vader not looking vicious"



P/s- Tadi, gua beli pen sendiri... Tak payah pinjam dah lepas ni.

5 ulasan:

  1. owh~~
    nnt sy hadiahkn kamu 10 btg pen..
    =p

    BalasPadam
  2. aku ade research paper bahasa ENgland... Ada bran mau beli? Hehe

    BalasPadam
  3. doa tu yg semacam mintak malaysia masuk world cup tu..

    BalasPadam
  4. bgus wan mohd syafq..
    p0st ni p0st best skaleyh..
    truskan ushe...

    BalasPadam
  5. Takpelah ade aku kesah, lu bagi gua pemadam je la..

    Redz, lu bagi gua copy dulu, bru gua pertimbang nk byar ke tak..haha

    cg firol taknak tgk Adil Zafwan sepak kaki runey ke..?

    Usaha2 jugak muben, hadiah takde ke..?

    BalasPadam