Khamis, 19 November 2009

Fesbuk 2


Gua tak tahu sekarang ni rupa dia macam ni lagi ke tak.

Waktu tu dah nak dekat ngan SPM peringkat kebangsaan. Dalam sebulan kot nak SPM. Semua budak sekolah gua risau pasal menatang SPM. Hairan jugak gua, bab dosa pahala tak risau pulak. Rilek-rilek je pakai seluar pendek.

Berbalik kepada nak dekat SPM, Cikgu Mazni, cikgu yang top jugak kat sekolah gua bukak satu bilik yang diberi nama Bilik Briged Saiber. Dah nama pun macam Anakin Skywalker, mesti benda kat dalam tu canggih-canggih. Tak main la buku-buku ataupun skiter-skiter macam kat dalam stor sukan. Bilik tu tempat ternak komputer-komputer.

Maka berduyung-duyunglah budak-budak pekena masuk Bilik Briged Saiber.

“ Weh, jom pergi Briged Saiber..”

“Jom..”

Lebih kurang la dialog budak-budak. Gua pun hairan, apa kejadah la budak-budak tu nak masuk situ. Nak kata layan porno, mana ada internet. Nak kata layan game, mana boleh install game kat situ. Game 3D pinball pun entah kena delete ke tidak. Takkan budak-budak ada konspirasi bawah tanah nak jatuhkan senior-senior sebaya gua.Makan nasik pun tumpah-tumpah, ada hati.

Jadi gua tak bagi komitmen sangat nak pekena masuk situ. Daripada gua makan-makan, singgah lepak bilik dobi, naik bilik mandi-mandi, pekena baju ada kolar, berlakon-berlakon pergi prep, lepas tu singgah Bilik Briged Saiber, baik gua makan-makan, lepak bilik dobi, naik bilik pecat baju, lepas tu pekena tidur pakai seluar sekolah sampai waktu makan malam pulak. Cuma, kadang-kadang petang hari gua ada singgah situ. Kata orang, untung sabut boleh tengok Cikgu Mazni, untung batu boleh tengok Cikgu Mazni jugak.

Dua minggu lepas tu, semakin dekat ngan SPM, Bilik Briged Saiber dah ada internet. Kecoh semua orang nak pekena masuk Bilik Briged Saiber. Budak-budak dah takleh nak buat king. Mereka boleh duduk tepi-tepi je tengok abang-abang main.

Paling ketara, bila gua pekena masuk bilik tu, semua masing-masing bukak friendster. Tak kira sape. Minah yang tengah sangap nak cari pakwe, mamat yang tengah sangap cari makwe, mamat yang dah ada makwe nak tambah makwe dan budak-budak hingusan yang hari-hari wajib pakai bedak pun semua muka galak-galak nak bukak friendster.

Gua tak berkenan sangat dengan friendster. Takde langsung di hati sanubari gua nak usha-usha friendster. Itu bukan mainan gua. Gua lebih menjurus ke arah perkara yang lebih matang, yang boleh membantu gua dari sudut kemahiran hidup dan biologi.Nak dekat-dekat SPM ni,gua bukak Youtube Alizee, 17tahun.com, kartun Jepun tajuk Gantz ataupun gua bukak tiga-tiga sekaligus. Lebih dari tu tak boleh. Cerdik jugak sistem internet Cikgu Mazni ni yek..?!

Riuh Bilik Briged Saiber dengan friendster. Masing-masing nak cakap pasal friendster.

“Weh, kau ada friendster tak..?”

“Add aku, add aku..”

“Wah, kiut la frienster kau..!”

“Eh, cam mana nak kasik ada bunga ni..?”

“Aku rasa aku dah add kau..?!”

Serabut kepala gua. Tengok Alizee pun nampak macam tak Alizee. Cilakak punya friendster!!

Itu dulu, sejarah..

Sekarang zaman dah berubah. Budak-budak dah tak minat tengok orang buat willie bulat, budak-budak sekarang lebih suka habis duit tengok bunkfes huha-huha atas pentas. Budak-budak dah tak suka kongsi telefon ramai-ramai tengok video 3gp, budak-budak sekarang dah suka ambik gambar sendiri-sendiri sorang-sorang pakai telefon berkamera masing-masing, lepas tu taruk kat internet nak semua orang tahu. Telefon sekarang bukan setakat ada kaler boleh main lagu, sekarang dah boleh tengok internet kot telefon. Dah takde dah jenis budak yang ada simkad tapi telefon pinjam. Sekarang semua dah berubah, orang dah tak pekena friendster.

Kalau gua tanya Butip Nsem, Pipi ‘indie’ Embong, Ahmad Syaher Suhairun, Mat Amir Hasif, Awang Butterfingers, Zharif Bos, Jo, dan Il Pa’an tengah buat apa, mesti masing-masing akan jawab, “ Tengah online fesbuk..”, sambil tangan memegang telefon Sony Eriksen dengan muka penuh dengan teka-teki…

P/s- Kadang-kadang gua rasa musykil. Bila la lagi Mat Arsenal, Keri SBPI ngan Steven Palah nak jadi orang yang lebih kontemporari, ada fesbuk sendiri. Apa barang wei bukak internet tak bukak pekena fesbuk!


5 ulasan: