Jumaat, 20 November 2009

Kelas BTQ Bukan Kelas Lukisan!

*Kelas BTQ= Kelas tema-tema asas kat dalam al-Quran.

Semalam.




Gua dah bagi nama lukisan masterpice gua ni, Lukisan Masterpiece.


Ustaz sungguh-sungguh bagi ceramah kat depan, gua rilek-rilek lukis gambar tangan kiri gua sendiri kat depan ustaz. Shafiq Nai'm ngan Fahmi Eto'o perangai macam jahanam. Ponteng kelas tak ajak gua sekali!

Nasihat hati gua untuk diri gua sendiri lepas tengok balik lukisan ni, " Tu la lu, masuk kelas lewat lewat. Kan dah tak sempat baca doa, mudah-mudah je setan masuk..!"

p/s- Lepas dengar nasihat hati gua, dah tak jadi dah gua nak buat entri tiap-tiap kali jumaat taruk gambar lukisan masterpiece gua sendiri yang gua bikin masa tiap-tiap kelas BTQ hari khamis. Gua tengah insaf ni..!

p/s/s- cadang-cadang gua nak scan gambar yang gua lukis atas buku nota tu, tapi tiba-tiba hati gua jadi malas nak semangat semangat. Jadi gua pukul gambar tu pakai kamera telefon pintar gua. Lepas tu kasi solek sikit pakai Picasa 3. Gampang, Punah habis hasil seni gua!

2 ulasan: