Sabtu, 5 September 2009

Pengkhianatan IPT gua terhadap gua, member gua serta orang2 awam yang ada kat dalam IPT gua yang lain

Kelas start pukul lapan,habis kelas pukul satu ada pulak kelas pukul dua sampai pukul empat, rushing ke kelas pukul dua, sampai2 kelas takde aircond, tiap2 hari Rabu kena pakai tie, kalau tak pakai kena saman, baju petak2 takleh pakai pergi kelas, pakai selipar jepun ke kelas takleh, datang lewat takleh masuk kelas, soalan periksa gila babi susah, pointer requirement Masya Allah dia punya tinggi siot, quiz tiap2 minggu, tutor pun tiap2 minggu, pergi bandar takleh hari2, kalau keluar kena pakai baju kolar, pakai selipar jepun confirm kena halau oleh pak guard suruh tukar balik, dah la kena balik sebelum pukul 12 malam, pagar punyalah tinggi, siap ada kerawat lagi, kalau balik lewat, masya Allah dia punya mencabar siot nak masuk balik, tu tak kira lagi kalau nak fly nak pergi main pool, lagi la susah banget nak keluar, bangunan2 asrama punyalah tinggi, tapi lif takde, tangga dah la curam gila, rambut panjang kena saman, kunci hilang kena saman gak, dah la lepas tu bayar cakap tak bayar lagi,tup2 result exam kena block, pakai seluar koyak kena marah, program masya Allah dia punya bangang wajib pergi, kalau tak pergi kena potong pointer, dah la kena pergi pakai tie smart2, pakai baju plain tengah2 hari, hujung2 minggu, satu2nya masa bagi mamat2 (kononnya) indie yang boleh keluar secara sah untuk keluar tengok Transformer kat panggung bersama awek2 pakai tudung lilit... Tu semua gua tak kisah, tak tergugat pun iman gua.



Tapi....
Gua memang panas dengan jiwa yang penuh dengan keberontakan kalau IPT gua block mana2 web yang ada tulis blogspot.com kat pangkal dia. Macam mana gua nak layan sokernet?, macam mana gua nak layan gelak kat hilang punca, konotasi, ngan fdaus amad? Macam mana gua nak ikut isu2 semasa kat Hanief? macam mana gua nak flat blog Kahar Ahmad? Macam mana gua nak belajar buat kuih raya kat resepiraya.blogspot? (ada ke?) Macam mana gua nak belajar jahit baju melayu raya kat bajumelayutradisi.blogspot? (ada ke?) Dan yang paling gua tak best, gua takleh nak baca apa yang orang satunya pengikut gua, Firol (hahaha..) komen kat gua... GAMPANG!

p/s- Gua boleh tulis blog gua, tapi gua takleh tengok blog gua. CEROI gua punya IPT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan