Isnin, 21 Julai 2014
Dosa Ramadhan Saya.
2006, Wakaf Tembusu.
Sekolah menengah dulu saya sekolah asrama penuh. Semua orang kena duduk asrama. Ko manja macam mana pun, rindu mak macam Johori macam mana pun, ko boleh balik kampung sebulan satu kali saja. Kena sain kad hijau dan kad merah dulu, baru boleh balik. Kalau kita fikir ke depan sikit, saya rasa dua dua kad hijau dan merah tu agenda keuntungan koperasi saja. Kertas macam tu harga sekeping lima posen, lepas tu mudah hilang pulak. Hmm, memang makanan la.
Bulan puasa akhirnya hadir juga. Masa tengah roll-call pagi pagi pekena lagu Negaraku, pengetua tiba-tiba datang. Pengetua kalau datang tak ada lain, nak kasi ceramah la tu. Saya tak jelas sangat masa tu, kadang kadang pengetua kalau nak kasi ceramah, dia akan berdiri atas tapak tiang bendera sebelah pasu bunga. Tak kira lah, bagi ceramah pagi pagi masa roll call memang boring.
Entah apa dalam kepala dia, dia dengan bangga bagitau pagi tu ada berita gembira. Masing masing saya tengok tertunggu tunggu berita gembira yang pengetua nak kasitau. Saya masa tu tak boleh jangka lagi entah apa benda yang gembira sangat. Boleh jadi berbuka makan KFC, boleh jadi sekolah balik awal bila bulan puasa, boleh jadi prep tak ada. Tak tau. Tiba tiba dia umumkan sesuatu yang melanggar kebiasaan undang undang yang sedia ada. Bulan puasa ni kami boleh balik kampung tiap tiap minggu. Amboi, bukan main semua bersorak masa tu. Budak tingkatan lima pun saya perasan bersorak jugak. Dah besar pun nak homesick lagi.
Dalam kepala masing masing boleh jadi terbayang berbuka bersama mak ayah dan adik adik. Makan ayam madu, murtabak, ayam golek, air sirap selasih, soya cincau dan entah apa benda lagi makanan yang anak anak Gaza mampus tak terbayang. Saya sebenarnya tak kisah sangat bab ni. Ramadhan bagi saya bulan beribadat. Makanan makanan ni sampingan je. Cukup dapat khatam quran lapan kali pun, orait sangat dah.
Cuma yang saya ambik pusing sikit bab bersahur la. Dewan makan sekolah punya cerita, bulan puasa ni dia cuma alihkan menu makan tengah hari dan makan malam sebelum sebelum ni jadi juadah berbuka dan bersahur. Yang sedap sedap sikit macam ayam kurma ke misalnya dia buat jadi lauk untuk berbuka. Jadi yang tinggal untuk bersahur, tinggal lauk yang memang tak logik langsung. Apa cerita? Sape yang selera bangun pukul tiga empat pagi semata mata nak makan ikan jaket dan kobis masak kuah putih tu? Jadi, bila ada peluang balik kampung ni bolehlah saya memburu kancil.
Tapi pengetua ada juga selit satu syarat yang mudah. Dia kasi peluang dulu ini minggu untuk semua balik kampung. Tapi yang leceh sikit, semua kena datang semula sebelum 6.30 Sabtu petang (Terengganu, Jumaat dan Sabtu cuti. Ahad dah sekolah). Kalau ada seorang saja yang datang lewat dari waktu yang ditetapkan maka serta merta offer tiap tiap minggu boleh balik kampung akan cancel. Nak kasi jadi lebih dramatik, pengetua tanya kepada semua murid murid sebagai satu penegasan, “Boleh?” Panjang dan penuh semangat diorang ni balas, “Boleeehh!!” Padahal dalam kelas tidur.
Dipendekkan cerita, hujung minggu pun tiba. Petang Khamis tu berselerak sekali orang ambik peluang balik kampung dengan semangat untuk berbuka bersama keluarga. Saya pun turut sama ambik peluang ini. Saya menggalas beg balik kampung menuju ke kampung halaman saya yang serba indah. Sekali pandang, tak beza saya dengan scene Rambo balik kampung.
Kebetulan hujung minggu tu, abang saya yang duduk Kota Bharu tu pun ada balik juga. Nak pulang ke Kota Bharu semula, kena lalu dulu depan sekolah saya. Jadi elok sangatlah tu. Alang-alang, boleh saya tumpang abang saya saja balik ke sekolah.
Hendak dijadikan cerita, abang saya nak berbuka dulu dekat kampung pada hari Sabtu tu. Nak bertolak lepas terawikh cadangnya. Saya pun apa lagi, bagai pucuk dicita, setuju saja. Pergi mampus la kena datang sebelum 6.30 petang! Entah macam mana, abang saya cancel untuk bertolak malam tu dan bercadang postpone ke lepas bersahur pulak. Saya pun orait saja. Lagipun saya memang selalu balik kampung pakai baju sekolah. Besok boleh saya pakai baju sekolah terus sebelum berangkat. Saya pun mana ada hantar kad merah dan kad hijau. Memang tak ada masalah la nak datang bila bila pun. Sekolah saya, saya punya suka la.
Pagi tu selesai semayang Subuh, kami pun berangkat. Jarak perjalanan rumah saya ke sekolah lebih kurang 45 minit. Steady tak steady, kami start bertolak pukul 6.45. Sebab itu hari abang saya speed sikit, sampai sampai depan pagar sekolah dalam pukul 7.15. Lagi steady, masa masuk pagar sekolah tu, abang saya punya kereta jerembung dengan pengetua punya kereta. Kereta yang pesen lama sikit tu. Entah ke mana dia nak pergi pagi pagi macam tu saya tak tau. Saya berlagak pandang ke depan konon konon buat tak nampak. Bila saya jelling dia, saya perasan, dia tenung je muka saya. Muka dia amboi garang gila. Kahkahkah. Cilake!.
****
Besok pagi masa roll call, pengetua datang lagi. Serius betul dia pagi tu. Serius dia bukan main main. Itu hari kalau sapa berani buat hal, memang boleh makan penampar. Saya dah expect dah dia nak kata apa. Saya tenang-tenang saja. Jeng jeng jeng. Dia pun umumkan, “Disebabkan ada orang yang dah langgar perjanjian saya untuk hadir tepat waktu masa saya bagi peluang balik kampung. Maka, untuk Ramadhan kali ni, tidak boleh kampung tiap tiap minggu. Jangan marahkan saya, tapi salahkan orang yang datang lewat dari pukul 6.30 petang semalam.” Masa tu saya perasan semua orang dah jadi down. Perempuan lagi la. Barangkali masa tu dah bisik bisik teka siapa yang bikin hal. Nak menambah dosa la tu. Saya senyum senyum saja tengok keliling.
Kah kah kah. Padan muka semua!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
BalasPadamHaha
Padam"abang saya punya kereta jerembung dengan pengetua punya kereta"
BalasPadamlama dok dengor perkataan jerembung tuh..
Amboi, eksyennya.
Padam