Seperti selalu apabila
dah masuk petang nak berbuka iaitu antara waktu yang paling tepat untuk
berdoa, saya akan pergi ke Pasar Pengkalan Berangan untuk melihat perkembangan
sosio budaya dan pertumbuhan ekonomi di sekitar kampung yang serba indah ini. Bulan
puasa macam ni, pengusaha pengusaha kuih lokal akan pancak gerai dua tiga bijik
menjadikan Pasar Pengkalan Berangan nampak hidup sikit. Kalau tak, Pasar
Pengkalan Berangan tu orang tertukar dengan padang kawad.
Saya pilih untuk berlabuh kat gerai Pezal dan Maih jual air
buah. Selain air buah, ada juga dua tiga helai jersi Piala Dunia. Nampak kekok
juga bila sebelah air buah, ada jersi. Lebih lebih lagi bila orang kita ni tak
biasa sangat jika jersi dibuat juadah berbuka. Di sekeliling gerai ada lagi dua
tiga orang kenalan saya seperti saya memberi
sokongan moral kepada para peniaga.
Selang Sembilan minit, tiba-tiba datang Mat Jeni dengan
motor berkuasa rendah. Saya tegur dia yang senyum sokmo, macam Adam Sandler
dalam cerita kelakar. Biasanya dengan Mat jeni ni, skop perbincangan kami hanya
berkenaan dengan bola sepak Terengganu. Saya acap juga tengok bola dengan dia
kat stadium. Tapi saya tak pasti sangat dia ni betul betul minat bola atau
tidak. Sebab kadang kadang tengah tengah tengok bola tu, steady je dia buka
topik perbincangan tentang kereta.
Antara basa basi perbincangan kami, dia pun tiba tiba
merungut. “Takdok kuih ari ni. Nok beli sini kang, set ‘Baselona’. Dok rok!”
Bila dia sambil bercakap sambil senyum, kadang kadang pronunciation dia jadi
lari sikit.
Saya sedikit hairan, Barcelona? Apa kaitan Barcelona dengan
kuih? Dan apahal tiba tiba keluar Barcelona musim Piala Dunia ni? Tak kena. Sebab saya masa tu menghadap jalan, saya
pusingkan saya punya tengkuk ke belakang
melihat pengusaha pengusaha lokal mana tahu mungkin ada yang pakai jersi
Barcelona. Tak ada. Saya pandang sekali lagi dengan lebih detail.
Ceh, baru saya paham. 'Barisan Nasional' rupanya.
· *
Set Sonal = Set Barisan Nasional
dh mg beli kuih ke jersi?
BalasPadam