Rabu, 13 Jun 2012

Khabar dari Kuala Lumpur

Jumaat lepas, lepas setel saya punya peperiksaan akhir dan berlawan dengan aircond, saya turun ke Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama pengembaraan saya. Kuala Lumpur masih seperti Kuala Lumpur yang saya kenal, kena lalu ikut terowong dan mempunyai tabiat jalan yang begitu serabut dan lintang pukang.

Walaupun begitu, orang Kuala Lumpur masih lagi waras. Mereka masih lagi pandai memberi signal ketika memasuki simpang. Tidak seperti Kuantan yang padahal jalan biasa-biasa saja, tapi masuk simpang eksyen tak kasi signal.

Semasa di Kuala Lumpur, saya sempat singgah di satu pasar tani. Di pasar tersebut, kelihatan satu scene yang jarang saya tengok selain di Terengganu atau Kelantan. Di sana sini, dari port satu pakcik jual anak pokok sampailah ke pakcik jual ikan, bertaburan sekali orang ramai memakai kopiah. Peh, jangan-jangan ini tahun menang besar saya punya team pilihan?!


p/s: Ada satu scene masa tengah pekena Itali dan Sepanyol, satu member saya tanya."Mu sokong team mana?"
 "Aku ni, kalau bab bola ni takdak la minat sangat. Tapi kalau nak kira sokong, aku sokong PAS la..," tenang saya jawab. Setenang Luis Figo.

5 ulasan:

  1. ????? (Keliru)….http://www.mysuara.net/lebuh-raya-rakyat-modal-pilihan-raya-dan-penipuan-politik-pas/ apakah ini benar.....?!

    BalasPadam