Jumaat, 25 Mei 2012

Eddie Van Halen

Saya sejujurnya mengaku terjebak jugak dalam satu aktiviti yang boring amat. Orang ramai memanggilnya stadi. Stadi ni, dari segi orang kebanyakan maksudnya ialah besok ada peperiksaan, malam ni baca nota. Kalau yang advance sikit, malam tu baca wikipedia. Entah siapa la yang tak ada kerja sangat reka aktiviti stadi ni. Aktivitinya bosan betul, sampaikan tengok dinding pun rasa lagi seronok dari aktiviti stadi. Tapi pastilah lagi elok orang yang tak ada kerja ni menjalankan aktiviti stadi daripada berpersatuan entah apa benda. Lepas tu jadi bangang buat tapak meniaga pasar malam depan rumah orang. Yang 'lead' tu okay lah dah ada Ferrari sebijik. Yang ikut-ikut tu, entah apa la nanti perasaan generasi mereka pada hari-hari yang mendatang.

Hendak tidak hendak, rok tidak rok, stadi ni perlu jugak saya harungi dengan penuh kesabaran kerana saya yakin hari esok pasti lebih sukar dan mencabar.

Untuk mengelakkan sindrom bosan dari stadi itu, saya join satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka APIBS (Angkatan Pemuda Insaf Berapi Super). APIBS ini terdiri daripada sedara Naquib sebagai Presiden, Nasrul Hakim sebagai Timbalan Presiden, Alip Haikal merangkap Pengarah Strategik dan saya sendiri sebagai Ketua Pemuda. Kumpulan ini pula sentiasa dipantau oleh seorang Murabbi iaitu sedara Aminuddin Rajib supaya sentiasa berada di landasan yang benar.

Modus operandi dan Standard Operating Procedure-nya tidak banyak beza dengan stadi sorang-sorang. Kami juga membaca nota yang sama, cuma bezanya kami membaca secara beramai-ramai sampai berebut sapa kena baca dulu. Bila dah ada kata sepakat siapa yang perlu baca dahulu, orang lain hanya perlu patuh dan mendengar dengan teliti apa yang akan dibaca oleh orang yang telah diamanahkan. Jika kami ingkar, maka bom peranti masa kejuruteraan Turki yang telah dipasang siap di tengkuk masing-masing akan meletup bila-bila masa sahaja. Suka hatilah kalau tuan tak mahu percaya pun tentang bom peranti masa tersebut. Saya peduli apa!

Namun, kami tidak boleh lari dari sindrom bosan dari aktiviti stadi tersebut. Seperti satu sumpahan, bosan itu menyerap dalam setiap tubuh manusia. Bila kami bosan, sebagai penawar kami akan menerewang kepada perkara-perkara yang lebih mainstream dan rugged seperti kejayaan pasukan bola sepak Chelsea, artis wanita pilihan, sejarah hidup tokoh dunia, makwe kelas dan pelbagai cerita yang boleh mengubat hati yang kebosanan. Sampaikan ada satu malam, topik yang diungkit ialah lagu kumpulan Exist yang paling digemari. Itu jam, presiden kami, Naquib memilih lagu Jesnita dan Julia sebagai pilihan utama. Lalu, Alip Haikal yang begitu arif dengan selok-belok kumpulan Exist terus memangkah Naquib sebagai tak ada taste. Walaupun saya setuju dengan Alip Haikal, malu muka jugak saya nak ketawa ke Naquib. Sebab, saya darjah enam dulu pun, lekat jugak di mulut lagu Jesnita tu sambil menuju ke padang bola. Tapi, takdelah saya teruk seperti rakan saya, Mumba sampai nak suruh akak dewan makan tulis lirik atas kertas, lepas tu hafal atas katil asrama.

Hendak dijadikan cerita, pada satu malam yang sunyi, tiba-tiba sedara Naquib telah 'up' kan nama Francis Light. Semua ahli APIBS jadi terdiam dan secara automatic tertumpu ke Naquib. Serentak, kepala saya terus ligat terbayang buku teks sejarah sekolah menengah dulu kulit depan gambar Tun Hussein Onn. Saya cuba ingat kembali Francis Light ni. Lalu saya pasrah dan bertanya, "Siapa ya Francis Light?"

Sebagai wakil Pulau Pinang, Nasrul Hakim pantas menjawab, "Francis Light, penasihat Pulau Pinang la.."

Tidak mahu mengalah, wakil dari negeri Perak Darul Ridzuan pula, Alip Haikal bersidang," Perak, J.W.W Birch!"

Naquib orang Kuala Lumpur jadi mungkin dia tak tahu nak 'up' nama sapa. Lalu ketiga-ketiga mereka berpandangan serentak ke arah saya. "Terengganu, Terengganu..?"

Mewakili negeri kelahiran saya, dengan mata bersinar pantulan cahaya lampu, saya dengan tenang terangkan kepada mereka bertiga, "Kalau di Terengganu, Eddie Van Halen.."

Mendengar jawapan saya, mereka menjadi kagum sehingga mengalirkan air mata.

Pada masa yang sama, lenggok badan dan tangan saya terus menerus menggayakan diri seperti pemain gitar tersohor itu...



p/s: Aku takdok pitis ni, elok mung klik sini. 



Satu lagi, doakan saya dan rakan rakan seperjuangan dalam menempuh minggu peperiksaan yang penuh dengan ranjau dan anak duri ini dengan kemas dan cemerlang.


4 ulasan:

  1. wah..naseb baik ada google akaun. buleh komen~

    BalasPadam
  2. lagu jesnita dan julia best ar...wakaka...

    BalasPadam
  3. cerita dah best,cuma banyak sangat nama orang dan pangkat, serabut giler kot...7/10 -Roy

    BalasPadam
  4. Fuh, Nash.. Timbalan presiden komen blog gua beb!!

    BalasPadam