Selasa, 3 April 2012

(SERIUS!!) Bola Sepak dan Kesannya Kepada Sosiopolitik.

Dalam gua balik sekejap ke kampung Pengkalan Berangan, sempat satu dua kali gua round ke kenduri, jalan Kampung Asing, dan kedai Cik Him untuk melihat perkembangan kampung gua sikit sikit.

Paling gua kecewa, ceruk mana punya tempat pun, gua pasti akan dapat melihat budaya rambut pacak. Boleh jadi, budaya rambut pacak ini seperti menjadi satu 'trend' dalam kalangan anak-anak muda kampung Pengkalan Berangan.

Benda macam ni, selain dari boleh semakkan pandangan dan bikin hati panas, memanglah kita tak nampak sangat kesan buruk kepada masyarakat. Tapi kita semua kena sedar bahawa selain dari Justin Bibir, budaya rambut pacak juga adalah salah satu tanda-tanda kecik kemusnahan satu-satu bangsa.

Bayangkan, bila rambut pacak ini menjadi budaya, masing masing akan sibuk dengan rambut pacak masing-masing. Mereka akan sentiasa pastikan supaya rambut pacak yang dicipta sentiasa terpacak dan centre. Masa gua pekena kenduri yang pasang lagu itu jam, nyaris gua nak tumbuk satu budak yang sambil bercakap sambil betulkan rambut. Nasib budak tu baik sebab gua tahu lagi mana nak beza yang manis atau tidak ketika menghadiri kenduri.

Semua sudah arif, hendak memastikan rambut sentiasa terpacak, memang agak sugar dan memakan sedikit masa berkadar langsung dengan sifat rambut itu sendiri. Ini belum kira lagi dengan krim krim rambut berjenama mahal yang pasti memerlukan kos yang tinggi. Mana mungkin minyak rambut tancho menjadi pilihan. Boleh jadi, bajet duit nak beli kitab pun terpaksa menanggung beban kos sara krim rambut.

Bila semua sibuk dengan hal-hal temeh sebegitu, tidak mustahil penjajah boleh kembali menjajah dengan mudah.

Melihat keadaan tersebut, gua tahu masyarakat sekarang sudah menghampiri kadar parah, mungkin bawah sedikit dari level anak-anak muda yang bercinta khayal tak ada kemajuan dan masa depan.

Pada petang sebelum malamnya gua naik semula ke Kuantan untuk mencari ilmu, barulah gua berkesempatan untuk turun ke padang rasmi Kampung Pengakalan Berangan iaitu Padang Belia. Bila gua dah sampai ke Padang Belia, barulah gua tahu punca sebenar kepada masalah utama kampung gua.

Ya, kampung gua sekarang dah tak ada orang main bola petang-petang! Cilakak!

Masalah ni, menteri mana gua kena rujuk? Masalah besar macam ni, kalau lu orang cakap perlu rujuk ke Ahli Parlimen Pasir Salak, mari jumpa gua. Gua nak terajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan