Sabtu, 31 Mac 2012

Dilema Kenduri

Ini hari, gua sempat pekena dua kenduri. Satu kenduri, sebelum solat jumaat di mana gua terus pergi lepas habis pekena Ayoh Cik dekat dekat Rusila. Manakala satu kenduri lagi sejurus selepas solat jumaat.

Kenduri pertama, dekat Kampung Kubu gua difahamkan kenduri tersebut adalah kenduri arwah manakala kenduri kedua pula di Temala berfokus kepada majlis aqiqah dan cukur jambul anak kepada Wafiy. Anak Wafiy ni, bukan calang calang nama dia kasi, Riski Muzaffar. Sepanjang gua berkarier sebagai manusia ni, dua orang je gua tahu nama Muzaffar, satu yang kerja angkasawan dan satu lagi anak Wafiy ni. Peh, advance betul orang kampung gua sekarang!

Walaupun dua kenduri ni mempunyai agenda yang jauh berbeza, namun dua dua ni berkongsi satu sikap yang sama iaitu menyediakan pinggan dan cawan yang diperbuat dari polisterin.

Jadi persoalannya sekarang, sebagai salah seorang peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan tempoh hari, adakah gua berdosa pakai barang-barang polisterin ini? Dan apa akan jadi pada gua punya status sebagai peserta Himpunan Hijau 2.0?

3 ulasan:

  1. Hijau tetap hijau...
    cuma memey agak sedih bila kita buang polisterin mcm tu je...

    BalasPadam
  2. Hijau tetap hijau...
    cuma memey agak sedih bila kita buang polisterin mcm tu je...

    BalasPadam