Rabu, 29 Februari 2012

Facebook dan Sikap.

Gambar dari Google.

Semalam gua ada bermimpi bertemu dengan satu makwe. Makwe ni dengan gua dulu ada la jugak berhubung kadang kadang. Kalau tidak melalui khidmat pesanan ringkas, kami berhubung melalui jaringan internet. Perbincangan kami biasanya hanya berbentuk perbincangan rakan-rakan dan tidak melampaui batas seperti aktiviti harian, artis yang tidak digemari dan buah-buahan tempatan. Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, gua sudah jarang berhubung dengan makwe ini tidak kira melalui khidmat pesanan ringkas ataupun jaringan internet disebabkan faktor-faktor dan kekangan kekangan tertentu.

Sesuai dengan imej dan prinsip, gua dengan makwe ni tidaklah rapat. Tapi tidak rapat tidak rapat pun, sempat jugak gua mengajak pekena Double Trouble pada dua tahun yang sudah. Nasib baik dia menolak, kalau tidak, payah jugak gua nak menjawab dengan Mungkar Nakir besok besok.

Berbalik kepada soal mimpi, gua bertemu dengan makwe ini setelah tujuh tahun tidak bersua muka. Semasa pertemuan tidak sengaja kami, dia bersama dengan satu brader yang berdressing ustaz. Berkemeja putih Raihan, berjanggut sejempul, berambut kemas, dan berkaca mata. Dressing brader ni saling tak tumpah dengan hero kartun-kartun dakwah kontemporari yang giat memperjuangkan isu-isu seperti cinta selepas nikah, keluarga bahagia, isteri lawa serta pemakaian seluar slack kain licin.

Kawan perempuan gua merangkap makwe dalam gua punya mimpi ini pun tidak kalah manis dengan dressing muslimahnya. Melalui tingkah laku mereka yang mesra berpegangan tangan sambil si makwe meletakkan kepala ke bahu brader berdressing ustaz tadi, gua dapat suspek yang mereka ini sudah berkahwin. Barangkali, perkahwinan ini masih hijau dan belum menempuh dugaan dugaan yang mencabar seperti berbalah tak mahu menukar lampin bayi ataupun berbalah hal remote astro. Melihat kebahagian mereka berdua, gua juga turut tumpang gembira.

Namun, dalam kegembiraan tersebut, gua sebenarnya ada jugak sedikit rasa terkilan. Apahal gua tak tahu langsung tentang perkahwinan kawan gua ni. Kerana sedikit terkilan dengan peristiwa ini, gua pun bertanya sopan.

"Err.. bila kahwin?? Amboi, Dok jemput pun pergi kenduri..!"

"Jemput doh la.. Pakai Facebook..!" Jawabnya sambil manis tersenyum di sebelah suami yang berwajah separa serius.

"He he he," mendengar jawapan dari kawan gua, gua pun tersengih sengih tunduk ke Bumi dengan kepala geleng tiga kali bermula dari kanan.




Keh keh keh, nasib baik dalam mimpi. Kalau jawab macam tu betul-betul depan gua, satu satu gua lempang.




4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ingatkan nk tulis sal sikap suka mengadu ketidakpuashatian terhadap individu kat fesbuk, mcm la fesbuk tu bole nasihat org tu...=.="

    BalasPadam