Sabtu, 10 Disember 2011

Kenangan Lalu




Dari gua layan perasaan yang takkan sudah, eloknya gua bercerita tentang kereta lama gua yang paling king pernah gua ada. Kereta yang banyak berkhidmat kepada gua dari pergi ke bandar, pergi menghantar ibu ke hospital, pergi menengok bola, pergi bermain bola, pergi minum air, pergi ke sekolah, pergi kejar makwe dan tidak ketinggalan gua memandu beliau untuk pergi ke kelas belajar memandu dekat PSM Ajil.

Gua tak akan menulis panjang memandangkan kerja yang sepatutnya gua sudahkan ini malam masih lagi memerlukan proses yang panjang. Jadi eloklah gua tuliskan dalam bentuk isi isi penting satu persatu mengenai sikapnya yang king.

1- Body warna kuning dengan berkapasiti 1.6 tapi enjin telah convert jadi 1.8

2- Mempunyai pikap yang membanggakan dengan mencapai 150-170 Km/jam dalam masa kurang dari satu minit di mana kereta Wira takkan mampu melakukannya.

3- Mempunyai wiper yang berprestasi buruk. Bila ditimpa hujan, memandu kereta adalah satu penyeksaan. Namun, selari dengan jiwa kental gua, tidak pernah gua rasa nak menukarnya.

4- Tidak mempunyai ekon, jadi gua lebih suka memilih untuk memandu di pagi hari atau petang. Tapi waktu malam lah yang menjadi pilihan utama. Ayah gua sering menasihati supaya menukar ekon untuk kesejahteraan di waktu hujan. Tapi atas sebab gua tidak berpendapatan, gua hanya boleh mengganggap nasihat itu adalah baik semata mata.

5- Cermin belakang hitam terus.

6- Mempunyai sistem audio yang lebih mementingkan sound ke luar. Gua yang memandu tak pernah dengar sebarang lagu dengan sempurna.

7- Sistem buangan sampah yang ringkas dan mudah. Cuma campakkan sampah ke belakang. Nanti bila ada orang nak tumpang, dia akan tolong buangkan kemudiannya.

p/s- Hasil yang paling banyak gua dapat melalui kereta ni ialah RM45. Bilamana gua tolong hantarkan mak gua dan rakan rakan beliau ke hospital. Dan, mak gua serta rakan-rakan berpakat untuk membayar gua sedikit wang. Sebagai seorang yang mempunyai hati budi, gua menolak tawaran tersebut. Tapi, bila salah seorang ahli rombongan cakap, "Ambiklah pitih ni buat isi minyok. Doh dok kerje mende, nok ambik pitih mane..?". Masa tu gua jadi sangat terharu dan terpaksa ambik jugak duit tu. Keh keh keh.

Ya, gua dah boleh start balik buat kerja gua yan tengah tergendala ni. Perasaan bangang tu dah mula hilang.


6 ulasan:

  1. kenapa tak bawa mambang kuning ke kuantang?

    BalasPadam
  2. hehe..sebab kete ni laa bangun pagi kene g tengok

    BalasPadam
  3. Nurul Zaty, cuba tengok dekat gambar, (2007-2009) maknanya apa?

    Hehe Mat..

    BalasPadam
  4. yang no 7 tu mmg king kong laaaaaa..terbayekkk!!

    BalasPadam
  5. ha ha gua suke suke

    BalasPadam