Isnin, 21 November 2011

Mesin basuh dan peranannya dalam masyarakat.

Tidak dinafikan, mesin basuh ini wujudnya baru sahaja lagi kalau hendak dibandingkan dengan televisyen, kereta, bas mini, dan Muhammad Ali the legend. Hal ini kerana, mak gua cakap masa zaman Muhammad Ali tengah 'up', rumah gua tak ada lagi mesin basuh.

Mungkin waktu itu zaman Muhammad Ali, jadi tidak hairanlah warga ibu juga turut mempunyai tenaga yang kuat dan optimum untuk membasuh baju hanya menggunakan tangan dan sedikit dressing kain batik. Berbeza bila mana sekarang zaman sudah berubah dengan Justin Bibir, Korea, dan masalah gay yang semakin meruncing, warga ibu pun turut berjangkit sama, dan masing masing jadi lembik. Bila masing masing jadi lembik, mesin basuhlah menjadi alternatif kepada masalah yang kian meruncing ini.

Mesin basuh tiadalah lain fungsinya untuk membasuh pakaian seperti seluar jeans, kain batik, kain sembahyang, seluar dalam, stokin dan segala macam lagi pakaian yang beralaskan fabrik. Tidak kurang, mesin basuh juga ada digunakan untuk dibuat hadiah cabutan bertuah.

Kiranya pada zaman kini, mesin basuh memainkan peranan penting dalam masyarakat untuk meneruskan kesinambungan hidup manusia. Dengan adanya mesin basuh ini, orang orang bekerja kerajaan, para guru, brader pusat snuker, romeo jalanan, orang nak pergi kenduri, kaki mesyuarat dan penjual insurans boleh mulakan harinya dengan sedikit rasa yakin mengenakan baju yang berbasuh dan berbau sabun.

Gua yang berada dalam radius masyarakat umum juga amat memerlukan mesin basuh untuk urusan harian gua sebagai pewaris perniagaan dadah. Namun ada satu benda yang gua rasa tak kena dengan mesin basuh di tempat gua di Kuantan sini. Terutamanya dari segi kejuruteraannya yang bengap ya rabbi.

Untuk pengetahuan semua,kejuruteraan masukkan syiling dalam satu mesin kecik, dan seterusnya mesin kecik ituah yang bertugas menjadi penghubung arus elekrik dari plug ke mesin basuh adalah satu kejuruteraan yang bengap yang amat. Lagi bengap dari Fakri Saarani. Elok jurutera yang reka benda ni berhenti jadi jurutera, dan masuk pondok jadi orang berguna kepada masyarakat. Ketahuilah bahawa hidup menyusahkan orang ni tak berkat!

5 ulasan:

  1. hua hua..

    why dont u basuh tangan je? kate x nak jdi warga lembik kan..

    ^_^

    BalasPadam
  2. basuh sendiri la weh
    baru masel naik

    BalasPadam
  3. hhahah
    cube buat cerita akus ebuat mesin basuh!

    BalasPadam
  4. biasa la tu ,esin telan duit...
    mcm rosmoh la jugak..

    -org RTM-

    BalasPadam