Ahad, 27 November 2011

Masalah sosial.

Dalam perjalanan pulang ke Marang, gua punya kakak tune radio ke radio Muzik.fm selepas cd Ustaz Azhar dah start berhenti jadi cd yang melakukan kerja kerja cd.

Gua yang memandu kereta hanya memegang stereng kereta dengan steady. Gua tak berkira sangat dengan pemilihan radio, asalkan radio tu tak ada Faizal Tahir yang menyanyi. Ada sekali tu, steady je gua dengar radio cina sampai gua tiba ke destinasi. Walaupun gua tidak memilih, jauh di sudut hati, gua dapat rasakan yang sebenarnya pemilihan radio Muzik.fm adalah boleh tahan. Sebab, ada satu kali tu gua berkebetulan dengar Muzik.fm memutarkan satu lagu Megadeth. Peh, steady betul. Tapi kadang kala, terbit jugak rasa sedih dari hati bila mengenangkan dejaay radio Muzik ni bercakap ceria ceria, tapi orang ramai ramai sebenarnya dengar radio Era yang banyak iklan tu. Entah deejay tu tahu ke tidak yang barangkali dalam setiap negeri di Malaysia ni, hanya ada 8 orang saja yang sedang dengar dia bercakap Muzik.fm.

Masa kakak gua tune ke Muzik.fm, kebetulan masa tu adalah segmen mintak lagu. Permintaan pertama datang dari seorang lelaki menggunakan khidmat pesanan ringkas dengan memilih tiga lagu. Kebetulan pemilihan lagu abang tu memihak kepada gua, iaitu lagu Amuk. Sebagai seorang penghafal lagu Amuk di zaman darjah tiga makan keropok kuah lekat di lengan baju dulu, gua dapat rasa yang pemilihan kakak gua untuk tune ke radio Muzik.Fm adalah sangat tepat. Walaupun begitu, gua tetap steady hendel stereng kereta sambil mengelak lopak bekas air hujan, tidak terpengaruh untuk mengikut bait bait suara Bandi yang serak tekak tak padan dengan nama macam sayur tu.

Hendak dijadikan cerita, pemilihan lagu lagu seterusnya semakin mendayu dayu. Semua cerita pasal kisah lelaki perempuan tengah khayal bercinta. Kisah lelaki hendak ke satu makwe, tapi makwe tu tak nak ke dia, Kisah lelaki meninggalkan makwe sebab nak ke makwe yang lagi baik, kisah makwe yang berkenang ke seorang lelaki, tetapi lelaki tu pulak berkenang ke makwe lain, dan pelbagai lagi kisah kisah yang tidak membawa kepada kemajuan kepada masyarakat. Tapi, hati gua tetap teguh tidak terjerumus ke dalam kancah masyarakat yang tidak membangun. Tidak gua terikut ikut dengan bait lagu yang diputarkan dan tidak pulak gua mengamuk hendak dengar lagu lain.

Sampailah tiba giliran satu makwe yang bercakap Sabah untuk meminta lagu melalui telefon. Dia mintak tiga lagu. Lagu pertama dan kedua gua tak dapat mengecam apa lagu yang dia nak. Tapi gua dapat rasa dua lagu tu lagu yang tidak kurang barunya. Tetapi, lagu ketiga ni, gua tahu sangat. Bila dia sebut lagu Sayang sayang dari Alif Aziz, gua dah terbayang satu mamat yang mempunyai rambut pacak menyanyi sambil pejam mata sambil genggam tangan.

Seperti biasa, deejay lelaki yang bercakap senada tu memilih untuk putarkan lagu pilihan yang ketiga terlebih dahulu. Secara automatik, lagu dari Aliff Satar yang keluar dari speaker kereta kakak gua, seterusnya menghinggap di telinga gua. Di telinga kakak gua, tak pasti pulak, sebab gua tengok macam tidur dia dah masuk peringkat ketiga.

Starting lagu tu, masalah belum lagi timbul. Gua boleh dengar dengan steady sambil melayan hujan yang turun. Sehinggalah tiba part chorus di mana part Alif Aziz tu tarik "Sayang sayang sayang", tidak semena mena mulut gua pun ikut sama, "Sayang sayang sayang.."

Celaka!!

Ni masalah ni, kementerian mana yang patut tanggungjawab ni?!!

10 ulasan:

  1. kementerian pembangunan wanita & masyarakat lah. tapi gua tak pasti kes lu ni buleh setel cepat ke tidak, sibuk nak pindahkan lembu ke kondo saja gua dengar.

    BalasPadam
  2. Tanpa, jangan nak huhu la Mat Syaher.

    Makwe Joni, kehkehkeh.

    Piyol, astaghfirullah, mesti la ta mahu..

    Wadi, dekat apa ni? dekat ke mana?

    Shukri, hehe.

    -Sang Harima.

    BalasPadam
  3. natey mung sembap..
    mung minat lagu nih..aku ingt lg..
    atas meja mung dlu de lagu nih.
    jgn nk tpu aku ah

    BalasPadam
  4. Kahkahkah. Tu bukan lagu sayang sayang sayang la Aisa, tu lagu Aku Juga Mencintai Dirimu. Lagu Alif Aziz ni baru je lagi.. hehe

    -Sang Harima

    BalasPadam
  5. apa pasal dgn faizal tahir bro.. huhu

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

    BalasPadam
  6. woi,mat syaher tu sape?smat dop?

    BalasPadam