Sabtu, 14 Mei 2011

Parang.

Ini hari, gua off. Jadinya, gua tak ke 'site'.

Memandangkan gua ni seorang pemuda yang berwawasan dan tidak bercinta, gua ambil keputusan untuk buat sedikit kerja amal untuk masa depan keluarga gua. Habis pekena mandi apa semua, gua pun mencapai baju dan seluar jeans kerja gua yang telah berkhidmat dengan gua selama lebih dua tahun. Hendak hendel sawit, dressing mestilah sesuai. Mestilah lasak dan ada sedikit koyak dan cebisan tanah, baru true. Apa kejadah gua nak pergi hendel anak sawit, pakai kain pelikat dengan baju tidur. Kain pelikat tu, kang tak manis pulak kalau gua buat masuk hutan hendel anak sawit lagi, nak buat solat lagi. Khusyuk gua, dah la berterabur entah ke mana, ni gua nak kena tolak markah dalam bab pakaian pulak? Peh.

Selesai berdressing gaya Eman Manan masuk hutan, gua pulak capai sarung tangan kalis panas, air, simen dan yang paling kena ada, kalis duri. Bila pakai sarung tangan ni, atau budak muda sekarang panggil 'glove' ni, barulah risiko daging tangan gua nak tercucuk tanam duri 3 inci tu berkurang. Barulah keyakinan diri gua dengan anak sedikit bertambah. Barulah boleh tunjuk gengster.

Gua pun sauk selipar ala ala Sandak bersiap nak masuk hutan belakang rumah.

Misi gua tak payah. Hanya nak kena transfer anak sawit yang dah besar tu dari hutan belakang rumah gua, ke garaj kereta depan rumah gua. Motifnya, anak sawit belakang rumah gua ni, kena transfer pulak ke lapangan sawit sebenar di Teluk Beruas. Di situ, barulah anak sawit dapat mengenali dunia sawit sebenar. Barulah dia tahu, macam mana nak hidup. Masa mana nak kena cari air, macam mana nak kena makan baja, macam mana nak kena bergasak dengan kawan kawan demi sesuap baja, dan macam mana nak tekel makwe, masa tu barulah dapat tau, mana kawan sebenar, mana musuh sejati. Masa tu, barulah anak sawit tau, langit tu tinggi ke rendah. Duduk belakang rumah gua boleh la makan bersuap, minum bersiram.

Disebabkan beberapa faktor, masa antaranya, anak anak sawit ini dah membesar terlalu besar. Akarnya dah tertanam belas belas inci ke dalam tanah. Jadi, nak tak nak gua kena berparang jugak, barulah boleh nak hendel anak anak sawit ni semua.

Gua cari atas rak kasut lama, takde parang. Gua cari lagi dalam baldi cat bawah rumah tu, takde lagi parang. Dalam almari lama tempat letak perkakas kereta dekat tepi rumah, pun takde. Dalam raga motor, atas buaian, atas seat motor, atas alamari pinggan lama, semua tak kelihatan sebarang parang. Gua pun menuju ke dalam hutan, mengharapkan dah ada nya parang di kawasan anak anak sawit. Setibanya gua di tempat sawit, gua cek belakang pokok pisang, pun takde parang. Di sekitar anak anak sawit, takde parang. Memang takde. Gua jadi hilang punca, dekat mana lagi gua boleh dapat parang.

Akhirnya, gua naik ke rumah balik, 'on' kipas meja, buka komputer, dan jadi manager bola. Keh keh keh.


7 ulasan:

  1. kalau setakat sawit bapak gua tu,gua xpakai parang...
    gua pakai susuk...semacam..

    -org RTM-

    BalasPadam
  2. cerita pnyala bersemangat

    alih alih

    balik buka komputer..haha

    BalasPadam
  3. "berdressing gaya Eman Manan masuk hutan"


    pergh artis la lu nih!! Pewiiittttt!

    Daripada nak jadi pekebun berjaya terus jadi manager bola,adei -_______-'

    BalasPadam
  4. pengeluar baja sawit berkualiti dunia14 Mei 2011 pada 3:20 PTG

    haha! kelakar jugak crita ni.
    mcm bukan kisah2 drama melayu mahupun sinetron indon yang sudah pasti kita boleh teka kesudahannya..haha.

    BalasPadam
  5. di teluk beruas jugak laa anak sawit belajar mengenal harga diri..mahal jugak sawit ni kan..untung budak-budak sawit..haha

    BalasPadam
  6. rajin jugak lu dressing2 utk jadi manager bola

    BalasPadam
  7. steady broooooooooooo....

    BalasPadam