Khamis, 14 April 2011

Tahukah anda, Usaha Tangga Kejayaan? 2

2006, Wakaf Tembusu.

Besoknya ialah hari Khamis. Dan besoknya juga ada peperiksaan akhir tahun subjek kimia pukul 8 pagi. Tetapi, sebagai seorang murid tingkatan empat yang rebel, hendak tak hendak, gua kena jugak teruskan dengan projek yang telah tersusun rapi oleh gua dan beberapa member. Member gua juga semua jenis rebel, bencikan pengawas dan Encik Saifuldin. Encik Saifuldin ni guru disiplin kami merangkap musuh murid nombor satu. Tapi, kalau nak ikut hati dan perasaan makan budi, gua okey saja dengan Encik Saifuldin. Sebabnya, masa gua tingkatan tiga dulu ada sekali kes gua dengan dia, gua dilepaskan hidup-hidup. Kalau nak ikutkan kes tu, bak kata Steve Harris, "A matter of life and death", kalau ringan sikit, "A thin line between love and hate". Itu jam, gua rasa lega sampai demam gua malam tu terus baik. Peh, terus gua jadi konfiden dan turun minum malam sekali dengan member gua yang balik prep.

Projek kami ni, kena tangkas. 11.00 kami sudah ada luar asrama, sebab pukul 11.30 pintu pagar asrama dah tutup. Bila pintu pagar asrama dah tutup, susah pulak nak kena ada luar asrama. Nak kena lepas antara pintu pagar tu dengan kerawat dekat atas kepala bukan kerja senang.Tambah nak kena check line lagi takut kalau tiba-tiba pak guard datang. Tu tak masuk lagi, kalau tengah pak guard datang tu, tengah tu jugak kepala tengah tersepit antara jeriji tajam pintu pagar dengan kerawat, ingat member kita tengah check line tu nak tunggu kita sekali dengan pak guard? Jadi nak kerja mudah, sebelum pukul 11.30 kami sudah kena ada luar asrama.

Sebenarnya, projek itu start petang lagi. Lokasi projek kami ialah pusat sumber sekolah. Walaupun bilik itu sebenarnya ada label bilik audio visual, tapi takde seorangpun dari kalangan sekolah gua dari pengetua sampai ke budak tingkatan satu yang pandai berjoget Michael Jackson tu yang panggil bilik tu bilik audio visual. Kalau ada pun, Teacher Niki, cikgu yang hendel pustaka sekolah yang memperjuangkan pusat sumber sebenar ialah perpustakaan sekolah. Nasib baik budak-budak pengawas pusat sumber tak mengamuk lawan balik Teacher Niki. Cikgu pusat sumber pun entah sape, senyap saje tak melawan. Pada sesi petang, kami kena pastikan terlebih pintu masuk ke pusat sumber tu wujud. Hendak tak hendak, pintu masuk tu kena wujud, alamatnya tak wujud, maka projek Liga Juara-Juara pada malam tu dikira gagal. Ditambah pula, pada waktu itu scene pak guard swasta tengah menaik, maka aktiviti 'fly' di mana jalannya lebih berliku-liku adalah sangat rare. Nak ceroboh pusat sumber ni pun dah berliku-liku.

Tugas mudah pada sesi petang kami hanya sandarkan kepada Vimal Shon dan Shukri Jubo, wakil dari kelas 4 Aminuddin Baki. Tugas yang tak beberapa nak heroic sangat ni, bolehlah sekiranya budak dua orang ni saje yang hendel. Tugas mereka simple. Mereka cuma kena pastikan tingkap slide pusat sumber paling belakang belah jalan raya tidak berkunci. Secara amnya, tingkap itu memang sentiasa tidak berkunci. Jadi tugas mereka yang terpenting ialah, pastikan grail tingkap tersebut masih lagi rosak dan belum diperbaiki. Hendaknya pintu tingkap saja tak berkunci tapi grail tertutup kemas, tak jadi jugak.


Pada pukul 11.03 malam, sebagai aktiviti memanas badan, gua dengan senaskah buku nota kimia berjalan bersama Mizang, member sekelas gua, 4 Ungku Omar menuju ke kantin sekolah yang lokasinya bersebelahan sahaja dengan pusat sumber, dalam jarak yang tak lebih 23 langkah. Di kawasan kantin, sudah ada sebelas, dua belas orang peserta projek sudah berkumpul dengan kepala melenggak menonton tv. Gua tak ambik kisah sangat dengan cerita di televisyen. Entah cerita apa la yang ada dalam tv pada waktu waktu begini. Paling tidak pun samarinda. Samarinda ni entah sape punya idea. Bengap. Sebab cerita macam ni gaya lah ramai budak-budak sekarang sibuk bercinta khayal tak ada kemajuan.

Gua hanya duduk melihat suasana sambil buku nota kimia gua genggam kemas. Tempat sosial macam tu, tak manis pulak rasanya kalau gua hendak mentelaah pelajaran. Di meja paling hadapan di bawah sarang tv, terdapat Along, wakil kelas 4 Hamdan Tahir, sedang meniarap membelek-belek buku rujukan kimia Fajar Bakti yang tebalnya 3 kali lagi tebal dari buku teks Kementerian Pelajaran itu sendiri. Gua hanya menggeleng kepala melihat gelagat buruk Along sambil bibir gua mengukir senyum sinis. Besok pagi dah nak periksa, malam tu nak baca lagi buku tebal-tebal macam tu, jangan harap la nak jadi macam Nor Amalina 17 A SPM. Begitu gaya, memang bukan cara belajar yang betul dan jauh dari prinsip bersekutu bertambah mutu.

Tidak lama kemudian, cerita dalam tivi pun tamat, dan kami pun bersurai berjalan menuju haluan masing-masing. Bila cerita samarinda habis, automatik masa akan menuju ke 11.30 malam, pukul 11.30 bukanlah masanya untuk menunjuk gengster berkeliaran duduk luar asrama. Gua dan Mizang menuju ke bangunan kelas tingkatan 2 bagi mengelakkan diri dari pak guard dan Cikgu Rahimi. Ada juga beberapa peserta yang menarik diri dari meneruskan projek Liga Juara-Juara dengan menuju kembali ke asrama. Barangkali, peperiksaan kimia besok harinya telah menggugat iman Liga Juara-Juara peserta-peserta yang menarik diri. Bagi peserta-peserta yang belum menarik diri, kami berjanji akan berkumpul semula di kawasan kantin pukul 2.15 pagi.

*******
Bersambung...

6 ulasan:

  1. Gua ingat nak buat iklan la dulu.. kehkehkeh

    BalasPadam
  2. cepat sambung!

    follower tegar ni.haha

    BalasPadam
  3. gua xlayan sgt liga juara2 ni...





    kecuali laa Arsenal masok final...keh3

    BalasPadam
  4. Kehkeh. Gua kalau boleh jangan Manchester dah..

    Sabar la Nurul Zaty, gua punya periksa pun tak habis lagi sekarang..

    BalasPadam