Jumaat, 11 Februari 2011

Usrah

(Petaling Jaya. 2009)

Itu jam, masa gua dekat pusat asasi, gua ada join satu usrah. Rock, rock jugak, seluar pendek, seluar pendek jugak, dah kalau 'Abang Su'aidi' dah call, sms berkali-kali, mengalah jugak gua. Nak pekena makan malam pun payah. Seingat gua, kawan usrah gua yang gua kenal ada Awang dan Afifi 'indie' Embong. Awang dan Afifi 'indie' Embong ni masing-masing dah ada pengajian syariah dan Sunnah serta bahasa arab. Tak macam gua dari sekolah sekular. Belajar Perancis pulak tu. Tapi, antara gua, Awang, dan Afifi 'indie' Embong, tiada satu pun mempunyai penguasaan arab yang mantap. Masing-masing barai. Nasib baik gua ada alasan sekular dan Perancis.

Suatu maghrib, gua mengalah. Takpelah apa orang kata, sabar gua dengan sms dan call ni ada batasnya. Selesai solat maghrib lebih kurang dengan tshirt dan kain pelikat, gua menuju ke masjid. Masjid masa tu sebelah sebelah je dengan bangunan asrama gua, tapi budak-budak asrama gua lebih banyak ke mid valley dari ke masjid. Masjid ni, kalau tak silap, dengan pasar malam pun boleh kalah lagi.

Gua menuju ke masjid dalam sepuluh minit lagi nak isyak. Afifi 'indie' Embong datang 3 minit lewat dari gua. Usrah ni kalau tak silap dia ada tiga fasa. Pertama ada sesi taaruf atau suai kenal, lepas tu ada slot baca nota Islam Islam dari abang naqib dan fasa terakhir adalah slot isu semasa. Sebab gua tiba lewat, hanyalah slot isu semasa gua sempat.

Gua datang sambil duduk bersila tersengih-sengih.

"Sekarang kita masuk ke isu semasa" Kata Abang Su'aidi.

Sambung beliau lagi, " Apa pandangan kalian semua tentang isu Palestin sekarang..?" Masa tu isu Palestin tengah menaik. Kalau tak silap gua, intifada' 3.

Masing-masing kena jawab ikut giliran, dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan gua tak pasti.

Tiba-tiba sampai giliran gua.

" Err.. Err.. Hosni Mubarak jahat...," tersipu-sipu gua jawab, mata pandang ke lantai.






Nota dari abang gua:

"Hosni Mubarak ni, tiga kali Mahadir..," kata abang gua yang rokoknya tak putus.



4 ulasan: