Selasa, 25 Januari 2011

Nekad

Nekad.

Setelah sekian lama gua tidak berkecimpung secara serius dengan industri blog ini, gua nekad untuk menulis blog pada saat ini. Sebelum sembahyang Asar.

Paling last gua menulis blog ialah pada pagi minggu lepas, sebab gua terbangun sebelum Subuh. Masa tu, member gua, Samsul dari bilik lain datang ke tempat gua tidur kejut gua. Apa motif dia kejut gua seawal pagi macam tu, gua pun tak faham.

Disebabkan gua bangun sepagi tu, gua jadi hilang punca nak buat menda. Lalu, gua pun bangkit dan mencari kerja yang paling sesuai. Dan pada gua, waktu-waktu sebegitu, bagi seorang remaja yang cintakan kedamaian, gua pun memilih untuk membuka kompiter gua, yang sentiasa ada di sebelah gua tidur. Bukan setakat kompiter je ada sebelah gua tidur, bakul baju, beg ke sekolah, pendrive, sebundle kertas A4, henset, bendera Malaysia dan flyer iklan jualan lampu pun sentiasa ada dekat sebelah gua.

Ah. Dah azan Asar. Chow..

Gua ada kelas pulak pukul lima. Kerja sape entah susun jadual kelas pukul lima. Kan dah tak boleh bersenam. Tu sebab la budak-budak sekarang minat ke Justin Bibir tu..

4 ulasan:

  1. ceh..ni mesti xde idea nak hapdet..kehkehkeh..

    BalasPadam
  2. hahaha. setuju!!! booo sama itu bibir.

    BalasPadam
  3. bibir bengkak lah pilihan ramai! no.1!

    BalasPadam
  4. kebelakangan ni lu byk cerita pasal solat lima waktu..
    harap2 ia bkn sekdar cerita je la...

    BalasPadam