Isnin, 31 Januari 2011

Belakang Rumah

Dekat belakang rumah gua ada sebatang pokok durian. Dulu, masa zaman-zaman pokok tu muda dan sihat tak macam sekarang, dialah pokok durian paling pokok durian dekat belakang rumah gua, paling tinggi dan paling ada hasil. Kalau musim durian tiba, dialah yang mula-mula kasi jatuh buah dia. Kadang-kadang, masa musim durian tu, perasaan takut tu timbul jugak kalau gua nak round-round belakang rumah, sakit ditimpa buah durian tu tak kenal sape gengster sape tak gengster. Jenis buah jatuh tak kira malam siang. Jenis 'gong' ingat dia je pokok durian.

Bawah pokok durian tu, dulu tempat mak gua bakar sampah. Tepi tempat bakar sampah, tahun 1996 dulu, abang gua buat pondok main kedai-kedai. Pondok yang memang tak bergurau, ada atap nipah, ada tempat bancuh air dan ada meja pelanggang. Habis gelas cawan dan milo abang gua bawak turun ke pondok tu. Gua ingat kalau abang gua teruskan sahaja usaha tu bukan sekadar nak main-main kedai, sekarang kampung gua mungkin ada jenama kopitiam sendiri, lawan starbucks.

Pada tahun lepas, mak gua dah pindah bakar sampah kat tempat lain, bawah pokok manggis. Pokok manggis tu tak tunggu lama, terus mati. Jadi sebagai inisiatif, tempat bakar sampah lama tu, mak gua suruh tanam pisang. Peh, jenuh jugak gua berlawan dengan kaca botol, besi berkarat, dan tin-tin bekas bakar tak hangus masa tengah menggali nak tanam anak pisang. Habis hitam kaki gua makan debu.

Pagi tadi selesai sarapan, gua jalankan operasi buang sampah dari dapur ke tempat bakar sampah baru tu. Nak pergi ke bawah pokok manggis tu, kena lalu tempat bakar sampah lama, dekat pokok pisang gua tanam tu. Gua lalu, gua tengok pokok pisang tu dah tumbang dan menghempap pokok salak yang lebih tua.

Gua hanya menggelengkan kepala sambil melangkah pokok salak berlalu dari situ menuju ke tempat pembakaran sampah. Ingat gua rajin sangat nak layan?

p/s- Nak tak nak lusa gua kena naik London cari orang gaji untuk mak gua.Memang kena cari!

2 ulasan:

  1. keh keh
    cantas la pokok pisang tu

    BalasPadam
  2. musim durian bile?? nk g mkn durian moh usin

    BalasPadam