Rabu, 17 November 2010

Aidil Adha 2. Ribu sepuluh.

Gua bersiap awal lebih kurang pukul 7.48. Dengan badan dan rambut tak lap habis, gua sauk baju melayu oren di celah baju-baju bundle, boleh jadi di sebelah baju ada tulis 'Metallica'. Baju melayu oren tu adalah baju raya gua dua tahun lepas. Walaupun dua tahun sudah berlalu, namun, kalau tak campur pagi tadi, tak sampai lima kali gua pekena baju tersebut. Zahirnya, ia nampak baju raya walaupun baju melayu tersebut sebenarnya bekas baju raya gua.

Lepas gua rasa dah lepas untuk kena pandang dengan makwe, gua turun tangga menuju ke pintu. Sampai kat pintu, tanpa berfikir jauh, gua sauk pula sepasang selipar jepun makwe entah sape. Nak kata hok mak gua, dah lama mak gua bersara dari arena makwe. Nak kata hok kakak gua, mereka dah bawak balik selipar sendiri-sendiri. Cuma gua sahaja yang tak bawak balik selipar. Itupun, gua bukan makwe. Gua berjalan menuju ke masjid dengan tepi kaki gua steady tahan pedih.

Gampang.

******

Bersambung lah senang cerita, sebab gua nak pekena futsal ni. Penampilan sulung pulak tu.

3 ulasan: