Ahad, 21 November 2010

Aidil Adha 2. Ribu sepuluh.-2

Perasaan lapar dan mengantuk masa dengar khutbah tak hilang lagi masa gua menuju ke rumah. Kalau khutbah tu angkat cerita yang tengah hit sekarang, 'KLCC', gua rasa takdelah mengantuk sangat. Paling koman, adalah dua tiga minit gua stay up. Ni kalau start dari salam sampai ke habis gua tidur, apa cerita?

Sampai ke rumah gua tak pandang kiri kanan, terus ke dapur pekena nasi dagang. Nasi dagang ni, tiap-tiap kali raya gua kena makan. Kalau gua rasa tak berkenan nasi dagang, maknanya gua kena usaha lebih cari makanan lain. Nanti kang, kalau gua usaha lebih, hilang pula disiplin pemalas gua. Jadi, sebab gua pemalas dan tak suka lapar, gua takde masalah nak pekena nasi dagang tiap-tiap kali raya.

Habis makan, gua ke bilik pekena baju yang sesuai dengan raya haji dan lembu. Raya haji, dressing tak perlu smart mana. Tapi, nilai rock mesti ada. Gua pekena seluar jeans rasmi gua sebagai pembuat pagar itu hari dan baju 'New Great Olympic Beijing' dengan ada tulisan cina. 3 tahun sebelum Olimpik dekat Beijing tu betul-betul jadi olimpik, gua dah ada baju tu.

Dua tiga langkah gua keluar rumah ke tempat lembu, kakak gua memanggil gua. Hati gua sedikit memberontak. Tugas kena pergi air batu memang tak kena dengan prinsip pemalas gua. Pergi ke tempat lembu, hendel daging korban tak sama dengan pergi beli air batu. Hal hendel daging lembu bukan soal malas ke tak malas, ini soal lelaki kalau duduk dalam rumah masa raya korban adalah bukan lelaki. Manakala, hal pergi beli air batu mencabar prinsip malas dan rajin. Tapi, sebab kerja hendel lembu lagi payah dari air batu, gua pilih pergi beli air batu.

Gua pun 'menyetart' motor vintage gua ke kedai Cik Him, king of kedai di Pengkalan Berangan.

Dalam menuju ke kedai, dari jauh gua terlihat kelibat sebuah motor kris di jalan bertentangan. Di atas motor tersebut, ada seorang makwe dan seorang adik makwe yang belum jadi makwe. Setibanya dekat, barulah gua perasan, makwe di atas motor tu sebenarnya adalah Siti Saidatul binti Yusof dengan baju rona kelabu.

Tiba-tiba hati gua merewang jauh ke tahun 2020..

Di dalam sebuah banglo di Kota Birmingham, England,


Gua bersuara, " Yang, raya aji ni, kite nok balik mane..?"

"Abang oi.. ! Kalu rumoh setakat dua tiga langkoh, dok payoh risau la raya ni nok balik mana..," jawab Siti Saidatul sambil melipat baju.

4 ulasan: